Posted on Wednesday, March 26 @ 20:17:09 MYT by greenboc
Oleh keristamingsari
"
Sebagai negara yang telah merdeka, Malaysia merupakan negara yang sedang meningkat naik dari segi produktiviti, kualiti dan perkhidmatan.
Tetapi mengapa hak-hak rakyat untuk mendapatkan kebebasan di dalam amalan demokrasi disekat dan diselewengkan sehingga segala yang benar diputar belit dan ramai rakyat telah tertipu.
Rakyat perlu tahu, kami dari golongan pembangkang juga menyumbang kepada produktiviti dan pembangunan negara. Siapa yang membayar cukai tanah, cukai pintu, tol dan cukai pendapatan? Ada ker kami dikecualikan dari semua itu? Kami lah yang sentiasa membayar tanpa rasa jemu, mengikut lunas-lunas yang dikehendaki.
Tetapi hak kami telah dirompak oleh pemimpin yang telah kita semua lantik tanpa memberi peruntukkan yang seadil-adilnya. Mengapa pembangkang tidak diberi kebebasan media cetak dan media elektronik? Mengapa sebelah pihak sahaja yang mendapat hak? Di mana pergi keadilan? Takut ker rakyat tahu penipuan dan permainan fakta yang songsang.
Apa perlunya pembangkang? Mengapa setiap kerajaan memerlukan pembangkang? Sudah tentu untuk mengimbangi kesalahan, kesilapan dan kekurangan pada parti memerintah! Tetapi mengapa kerajaan tidak mengiktiraf mereka? Sudah tentu kerana mereka banyak melakukan penipuan dan penyelewengan dan takut rakyat mengetahuinya.
Sudah sampai masanya Kerajaan yang memerintah membuka lebaran baru, gunakan setiap mandat yang telah diberikan oleh rakyat untuk membela rakyat, membantu rakyat dan menghapuskan kemiskinan pada rakyat. Iktiraf pembangkang sebagai parti yang sentiasa membantu untuk mengimbangi kekurang pada BN. Insya-Allah Malaysia akan maju dengan jayanya. Allahuakbar.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
SILA BERI KOMEN ANDA DISINI