menemui Ibrahim bin Adham. Dia
berkata, "Wahai Aba Ishak! Selama ini
aku gemar bermaksiat. Tolong
berikan aku nasihat."
Setelah mendengar perkataan tersebut
Ibrahim berkata, "Jika kamu mahu
menerima lima syarat dan mampu
melaksanakannya, maka boleh kamu
melakukan maksiat."
Lelaki itu dengan tidak sabar-sabar
bertanya, "Apakah syarat-syarat
itu, wahai Aba Ishak?"
Ibrahim bin Adham berkata, "Syarat
pertama, jika kamu
bermaksiat kepada Allah, jangan memakan
rezekinya."
Mendengar itu dia mengenyitkan kening
seraya berkata, "Darimana aku mahu
makan? Bukankah semua yang ada di bumi
ini rezeki Allah?"
"Ya!" tegas Ibrahim bin Adham. "Kalau
kamu sudah memahaminya, masih mampukah
memakan rezekinya, sedangkan kamu selalu
berkeinginan melanggar
laranganNya? "
"Yang kedua," kata Ibrahim, "Kalau mahu
bermaksiat, jangan tinggal di bumiNya!"
Syarat ini membuat lelaki itu terkejut
setengah mati.Ibrahim kembali berkata
kepadanya, "Wahai Abdullah, fikirkanlah,
apakah kamu layak memakan
rezekiNya dan tinggal di
bumiNya,sedangkan kamu melanggar segala
laranganNya? "
"Ya! Anda benar." kata lelaki itu.
Dia kemudian menanyakan syarat yang
ketiga. Ibrahim menjawab, "Kalau
kamu masih mahu bermaksiat, carilah
tempat tersembunyi yang tidak
dapat terlihat olehNya!"
Lelaki itu kembali terperanjat dan
berkata, "Wahai Ibrahim, ini
nasihat macam mana? Mana mungkin Allah
tidak melihat kita?"
"Ya, kalau memang yakin demikian, apakah
kamu masih berkeinginan melakukan
maksiat?" kata Ibrahim.
Lelaki itu mengangguk dan meminta syarat
yang keempat. Ibrahim melanjutkan,
"Kalau malaikat maut datang
hendak mencabut rohmu, katakanlah
kepadanya; Ketepikan kematianku
dulu. Aku masih mahu bertaubat dan
melakukan amal soleh."
Kemudian lelaki itu menggelengkan
kepala dan segera tersedar, "Wahai
Ibrahim, mana mungkin malaikat
maut akan memenuhi permintaanku? "
"Wahai Abdullah, kalau kamu sudah
meyakini bahawa kamu tidak boleh menunda
dan mengundurkan datangnya kematianmu,
lalu bagaimana engkau boleh lari dari
kemurkaan Allah?"
"Baiklah, apa syarat yang kelima?"
Ibrahim pun menjawab, "Wahai Abdullah
kalau malaikat Zabaniyah datang hendak
mengiringmu ke api neraka di hari kiamat
nanti, jangan engkau ikut
bersamanya."
Perkataan tersebut membuat lelaki itu
insaf. Dia berkata, "Wahai Aba Ishak,
sudah pasti malaikat itu tidak
membiarkan aku menolak kehendaknya. "
Dia tidak tahan lagi mendengar perkataan
Ibrahim. Air matanya
bercucuran. "Mulai saat ini aku
bertaubat kepada Allah." katanya
sambil terisak-isak.
Wallahua'lam
p/s-
mgape
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
SILA BERI KOMEN ANDA DISINI