Posted on Sunday, May 03 @ 05:00:00 MYT by
Paktam Oleh Abd Rahim Kasim
Beberapa ketika sebelum perang Gaza, antara Hamas dan Israel meletus, Sheikh Al-Azhar, Sheikh Sayyed Muhammad Al-Tantawi mengeluarkan fatwa, "menentang Yahudi adalah satu tindakan yang penakut dan bodoh".
Walaupun kenyataannya itu tidak dianggap salah, tetapi apakah cerdiknya beliau berkata begitu semasa ketegangan sedang memuncak antara Hamas dengan Zionis Israel, yang kemudiannya Zionis Israel telah membunuh dengan kejam rakyat Palestin di Gaza.
Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdogan dalam ucapannya di Forum Ekonomi Dunia di Davos, Switzeland, telah memaki hamun Shimon Peres dengan mengatakan,
" Peres, kamu lebih tua dari aku. Suara kamu terlalu lantang. Mungkin kamu rasa bersalah dan sebab itulah kamu meninggikan suara kamu".
"Kamu bunuh mereka....saya masih ingat kanak-kanak yang mati di tepi pantai".
"Saya masih ingat dua bekas Perdana Menteri kamu berkata, mereka masuk ke Palestin dengan kereta kebal"....
Dalam soal membunuh, kamu terlalu bagus"....
Antara kedua pemimpin ini siapakah yang dilihat membela rakyat Palestin dan menentang Zionis Israel?
Kalau mereka berdua ini dipertandingkan untuk menjadi pemimpin negara Palestin, Siapakah antara mereka berdua ini yang akan dipilih oleh rakyat Palestin?http://rahimkassim.blogspot.com/
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
SILA BERI KOMEN ANDA DISINI