Jurugambar disepit pintu bas
MELAKA - Majlis pelancaran bas Panorama baru di sini semalam tiba-tiba menarik perhatian ramai apabila seorang jurukamera sambilan Radio Televisyen Malaysia (RTM) Melaka cedera selepas tangannya tersepit semalam.
Lebih teruk, jurukamera itu, Lufty Ahmad, 27, turut kerugian kira-kira RM10,000 apabila kameranya rosak dalam kejadian itu yang turut disaksikan Ketua Menteri Datuk Seri Mohd. Ali Rustam.
Kejadian berlaku apabila Lufty bersama wartawan lain hendak turun dari bas tersebut selepas tiba di Pasar raya Besar Mydin dekat Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) dari Melaka Sentral.
"Sebaik bas berhenti dan pintu terbuka, saya pun turun untuk merakam gambar Ketua Menteri.
"Tiba-tiba pintunya tertutup semula dan menyebabkan tangan saya yang memegang kamera tersepit," katanya.
Beberapa orang rakan sekerjanya membantu mengeluarkan tangannya itu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
SILA BERI KOMEN ANDA DISINI