Sumber ASAL
Assalamu’alaikum.
Dedikasi buat para abi yang terlupa. Akan tapak permulaan tarbiyyahnya…
MAAFKAN ABI
Sudah sebulan lebih aku tak menulis dalam blog ni. Atas kesibukan yang bertimpa-timpa sejak kebelakangan ni, aku jadi letih. Peperiksaan akhir tahun, dokumen-dokumen yang semuanya bernotis ‘urgent’, urusan pemulangan buku teks pelajar… memang betul-betul memenatkan. Emosi pula kerap hilang stabiliti. Rasa cepat nak marah. Kesian dengan Marsha. Nak bermanja dengan Abinya waktu pulang kerja. Tapi kena marah pula. Maafkan Abi ye anje. Abi tak sengaja. Abi cuma seorang ayah yang biasa-biasa saja. Sedang usaha jadi mithali tapi terkadang ‘tersadung’ juga dalam proses ke situ. Nasib baik ada Ummi yang sudi pujuk permata hati kami yang sulung ni. Terima kasih Ummi.
Nak jaga hati seorang isteri juga bukan mudah. Aku pun jarang ada quality time dengan zaujahku. Kalau aku jadi isteri, aku pun akan rasa perkara yang sama agaknya. Rasa kurang diberi perhatian. Apa tidaknya. Siang aku bekerja di sekolah. Malam aku kena buat kerja-kerja dokumentasi. Menyiapkan kertas kerja-kertas kerja program jamaah. Merancang dan menyusun atur organisasi syabab. Dengan apa lagi semua itu, dengan menghadap laptop ni la. Aku mengaku, sejak kebelakangan ni aku lebih banyak menghadap laptop daripada menghadap zaujahku. Tak hairan la kalau zaujahku boleh cemburu dengan laptop yang tak bernyawa dan tak beremosi ni. Abi mintak maaf ye Ummi. Memikirkan masalah ummah memang satu kerja berat dan perlu komitmen pada tahap tinggi. Harap Ummi dapat mengerti.
MASALAH UMMAH?
Dalam leka aku memikirkan pendekatan demi pendekatan untuk mendekatkan ummat manusia kepada Islam, hati aku seolah senak. Seolah otakku buntu berfikir apa-apa. Lebih kurang 10 minit hang begitu saja. Kenapa gamaknya ye? Baru tadi, aku mengkoreksi diri semula. Ummah itu datang dari mana? Apakah dakwah itu disebar kepada mad’u yang wujud secara tiba-tiba? Para pendakwah yang akan menyambung mata rantai perjuangan ini asalnya di mana? Astaghfirullahal’adzim! Patut saja kalau Islam sukar diterima masyarakat. Kerana da’ei sendiri lupa permulaan tapak dakwahnya. Usrahnya. Kepentingan membangunkan dan memantapkan fikrah keluarganya.
Patut saja dakwahku kekadang ‘tidak sampai’ ke hati manusia. Kerana keluargaku sendiri aku sisih dari rangkulan dakwah yang berterusan. Kesian keluargaku. Dalam pada kesibukan Abi menanam dan membina tunas-tunas baru, Abi terlupa dengan organisasi utama Abi sendiri yang kurang perhatian tarbiyyah. Sedangkan dari sinilah Abi mendapat motivasi kekuatan dan semangat. Mencambah keazaman dan dedikasi. Masalah ummah yang Abi fikirkan selama ini sebenarnya dimulai dari komuniti kecil yang Abi miliki sekarang ini.
KENGERIAN DI PENGHUJUNG ZAMAN
Aku cukup ngeri bila mengenangkan apa yang telah berlaku dan sedang berlaku di persekitaranku. Di sekolah, baru-baru ini berlaku lagi kejadian zina di kalangan pelajar-pelajar. Namun kali ini, pelajar dengan pekerja kantin asrama. Astaghfirullahal adziim! Aku jadi takut dengan keadaan yang semakin parah ini. Dulu, kejadiannya berlaku di dalam surau. Tempat azan dilaungkan. Tiba-tiba menjadi tempat nafsu tunggangan syaitan beroperasi. Bila ditimbang-timbang… institusi surau juga tidak berperanan. Aku juga sendiri sebagai guru kurang berperanan. Makanya, surau menjadi tempat yang semakin jauh dari hidayah. Bukan lagi menjadi tempat manusia mendekatkan diri kepada Allah. Maafkan aku Tuhan atas kelemahan diri ini.
Teruk sudah masyarakat Islam. Sudahlah disuntik dengan ‘ubat Yahudi dan toghut’ setiap hari. Di TV, di surat khabar. Di siber. Islam sekadar hasil cetakan di kad pengenalan. Membesarkan anak dalam keadaan persekitaraan masyarakat yang serba negatif membuat aku jadi takut dengan apa yang bakal dihadapi oleh Marsha dan anak-anakku yang lain di masa depan nanti. Apakah ‘hidangan’ sosial yang bakal mereka lalui nanti? Cukuplah Allah sebagai penolongku dalam menjalani kehidupan sebagai seorang suami dan seorang Abi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
SILA BERI KOMEN ANDA DISINI