Anak derhaka kerana miskin didikan agama
KUALA LUMPUR: “Bila anak tidak dididik, dia akan herdik kita dan apabila kita tidak pukul anak sewaktu kecil (bila perlu), bila besar dia pula akan pukul kita,” kata penceramah bebas yang juga Perunding Motivasi Human-Touch Consultant Sdn Bhd, Mohd Zawawi Yusoh.Menurutnya, anak yang mudah menderhaka hingga sanggup bertindak di luar kewarasan bukan kerana dia jahat semata-mata, tetapi disebabkan sikap ibu bapa yang tidak pandai mendidik ahli keluarga termasuk kurang penerapan pengetahuan agama.
“Kadangkala anak menderhaka sebab ayah dan ibu sudah terlebih dulu menderhaka...kita kata ibu bapa begini tidak jujur dengan anak mereka dari segi pemberian didikan serta ajaran yang sewajarnya mengikut lunas agama,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas muka depan Harian Metro semalam mengenai tindakan seorang bapa menasihatkan anak lelakinya yang bersekedudukan dengan teman wanita di rumahnya sejak setahun lalu supaya berkahwin membawa padah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
SILA BERI KOMEN ANDA DISINI