Sumber
KEDIRI: Srining, wanita berusia 46 tahun yang menetap di Kampung Retjopentung di sini, bertindak membunuh diri semalam kerana bosan dengan sikap suaminya yang sentiasa menolak setiap kali diajak menunaikan ibadah haji.Mayat Srining, ibu dua anak, ditemui tergantung pada sebatang pokok di luar rumahnya.
Seorang jiran berkata, Srining sering meluahkan rasa kesal terhadap sikap suaminya, Sarbi, 50, kerana enggan menunaikan haji.
Sementara itu, jurucakap polis daerah, Sudiono berkata, berdasarkan keterangan keluarga Srining, wanita itu cuba membunuh diri dua kali dengan melompat ke dalam sungai beberapa hari lalu.
“Keadaan wanita itu semakin teruk sejak tiga bulan lalu apabila suaminya sekali lagi menolak untuk ke Makkah,” kata Sudiono. — Agensi
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
SILA BERI KOMEN ANDA DISINI