Sumber
LONDON - Reputasi beberapa buah hospital Britain tercemar berikutan paparan aksi memalukan sebilangan jururawat dalam laman web jaringan sosial Facebook, lapor sebuah akhbar semalam.
Dalam satu gambar di laman web tersebut, seorang jururawat tersenyum sambil menunjukkan isyarat kemenangan ketika pembedahan sedang berlangsung.
Beberapa gambar lain menunjukkan seorang jururawat beraksi di depan kamera ketika membersihkan tumpahan darah di bilik pembedahan tersebut dengan hanya menggunakan plastik.
Gambar-gambar itu dirakam pada 2006 di Hospital Kent dan Sussex dan dihantar ke Facebook untuk staf kedua-dua hospital tersebut.
"Saya seperti hampir tidak mempercayainya ketika melihat gambar-gambar itu. Ia tidak beretika dan memalukan," kata seorang saudara bekas pesakit yang pernah dirawat di sebuah hospital tempat jururawat itu bekerja.
Seorang wakil rakyat Britain, Ann Widdecombe ketika mengulas mengenainya menyatakan perkara seperti itu tidak sepatutnya berlaku dan gelagat mereka tidak profesional. - Agensi
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
SILA BERI KOMEN ANDA DISINI