Sumber
SEREMBAN: Ngeri apabila seorang gadis yang terjatuh di tengah jalan selepas motosikal ditunggangnya merempuh belakang sebuah kereta maut dipercayai digilis kenderaan berat di Kilometer 21 Jalan Seremban-Kuala Pilah, dekat sini, semalam.Dalam kejadian kira-kira jam 11 pagi itu, Noor Hayati Idris, 20, mati serta merta di tempat kejadian kerana mengalami kecederaan parah di bahagian kepala.
Kejadian itu dipercayai berlaku apabila Noor Hayati yang menunggang motosikal seorang diri dari arah Kuala Pilah-Seremban terlanggar belakang sebuah Perodua Kancil yang sama-sama sedang bergerak.
Berikutan perlanggaran itu, mangsa gagal mengawal motosikal Yamaha Lagenda yang ditunggang lalu terjatuh ke tengah jalan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
SILA BERI KOMEN ANDA DISINI