Sumber
ALOR STAR: Lumayan! Itulah pendapatan seorang pengemis wanita warga asing di bandar raya ini yang didapati memiliki wang tunai sebanyak RM1,800 yang disorokkan di dalam coli dan seluar dalamnya selepas diperiksa anggota penguatkuasa Jabatan Imigresen, di sini, kelmarin.Difahamkan, wang itu dipercayai hasil sumbangan orang ramai kepada pengemis itu sejak seminggu lalu yang menjalankan aktiviti mengemis di sekitar bandar raya ini.
Wanita berusia 40-an dipercayai warga Myanmar itu ditahan dalam operasi Imigresen di perkarangan Pekan Rabu, di sini, kira-kira jam 9 pagi.
Ketika ditahan, wanita terbabit juga tidak melarikan diri kerana menyangka sekumpulan anggota Imigresen yang menghampirinya adalah orang awam yang ingin memberi sedekah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
SILA BERI KOMEN ANDA DISINI