Sumber
LONDON - Kafe yang tertinggi di United Kingdom (UK) dibuka semula kepada orang awam semalam setelah menjalani pengubahsuaian dengan kos mencecah £8 juta (RM45.87 juta), lapor sebuah akhbar semalam.
Ia yang terletak di puncak Gunung Snowdown, Wales pada ketinggian 1,112 meter itu diubah suai atas arahan pewaris pertama takhta Britain, Putera Charles yang tidak berpuas hati dengan keadaan strukturnya pada masa itu ketika melawatnya lima tahun lalu.
Struktur baru itu kini dibina kukuh untuk menahan keadaan cuaca melampau selain dilengkapi dinding gelas yang menawarkan pemandangan indah kepada para pengunjung.
Kafe itu terletak dalam bangunan yang diberi nama Hafod Eryri.
Ia turut memiliki sebuah kedai dan pusat pendidikan. - Agensi
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
SILA BERI KOMEN ANDA DISINI