Sumber
SUBANG JAYA - Tabiat pelik seorang lelaki yang gemar berasmara di dalam bas dengan pasangan bersilih ganti makan diri apabila dia ditahan selepas seorang mangsa membuat laporan polis di sini baru-baru ini.
Lelaki berusia 33 tahun itu ditahan pada pukul 2 petang Jumaat lalu di Balai Polis Subang Jaya selepas memberi keterangan.
Dia merupakan seorang pemandu sebuah syarikat bas dan dikatakan baru melangsungkan perkahwinannya pada 30 Mei.
Difahamkan suspek yang mempunyai perwatakan menarik itu ligat memperdaya wanita termasuk pelajar sekolah sebelum membawa mangsa menaiki bas dan mengadakan hubungan seks.
Hubungan intim itu sering dilakukan di dalam bas yang berhenti di hentian terakhir di ibu negara sekitar pukul 12 malam iaitu selepas kesemua penumpang dibawa suspek turun.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
SILA BERI KOMEN ANDA DISINI