Sumber
LONDON: Seorang wanita meninggalkan enam anaknya untuk tinggal bersama rakan baik anaknya berusia 18 tahun.
Debbie Mallinson, 36, berbuat demikian selepas memberitahu anaknya: “Saya sudah tidak terdaya untuk menolak cinta.”
Dia kemudian tinggal bersama Adam Caban.
Anak Debbie berusia 15 dan 10 tahun kini menumpang di rumah saudara mereka sementara yang lain — anak perempuan berusia enam tahun, lelaki, lima dan seorang lagi perempuan berusia tiga tahun diserahkan kepada rumah anak angkat.
Seorang bekas teman lelaki Debbie menyelar sikap wanita itu dan menyifatkannya sebagai wanita tidak tahu malu dan tak berguna.
Katanya, Debbie hanya tahu bercinta dan melahirkan anak tetapi tidak tahu menjaga mereka.
Debbie melarikan diri dari kediamannya selepas keluar menerusi tingkap dan bergegas menaiki teksi.
Anak sulungnya berkata, dia sebelum ini terdengar ibunya memberitahu rakan karibnya, Adam, bahawa dia mencintainya.
Debbie yang melahirkan anak hasil hubungannya dengan empat lelaki, kini tinggal bersama Adam di rumah kakak remaja itu.
Sebelum meninggalkan anak-anaknya, dia memberitahu Jabatan Kebajikan Masyarakat bahawa dia tidak dapat menolak cinta remaja itu tetapi berjanji akan pulang untuk menjaga semula anaknya dengan dibantu Adam.
Bekas teman lelakinya berkata: “Mereka tidak mungkin kembali memandangkan mereka tidak mempunyai wang dan pekerjaan. Lebih buruk lagi, mereka juga hidup menumpang orang lain.” - Agensi
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
SILA BERI KOMEN ANDA DISINI