Sumber |
Oleh NURUL AIN MOHD. HUSSAIN
Pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Sisters in Islam (SIS) hari ini mengecam tindakan PAS meminta parti itu diharamkan jika perjuangannya bertentangan dengan syariat Islam.
Menurut Pengurus Program SIS, Norhayati Karpawi, PAS merupakan sebuah parti politik yang autokratik dan hipokrit dalam perjuagannya.
"PAS bersifat autokratik dan tidak mendokong prinsip demokrasi yang dilaung-laungkannya selama ini.
"Hal ini jelas bertetangan dengan prinsip kebebasan berpersatuan dan kebebasan bersuara yang diamalkan dalam kerajaan Pakatan Rakyat," kata Pengurus Program SIS, Nohayati Karpawi kepada mStar Online semalam.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas berkenaan usul yang dikemukakan oleh PAS kawasan Shah Alam pada Muktamar parti yang berlangsung di Stadium Malawati Shah Alam.
Usul itu antara lain berbunyi menyedari bahawa aliran dan pandangan dibawa oleh SIS boleh mengelirukan masyarakat, mendesak Majlis Fatwa Kebangsaan membuat penyelidikan ke atas SIS yang membawa aliran Islam liberal dan seterusnya mengharamkan pertubuhan tersebut jika terbukti bertentangan dengan syariat Islam dan membuat program pemulihan ke atas ahli-ahlinya.
Mengulas lanjut mengenai isu berkenaan, Hayati berkata PAS sering melaungkan isu mengenai kebebasan bersuara dan berpersatuan untuk kepentingan parti itu semata-mata.
"Jika mereka tidak setuju dengan perjuangan kita kenapa perlu minta kerajaan SIS. Hanya kerana kami perjuangkan hak wanita, kami dilabel sebagai bersikap 'feminis'..Ini tidak betul dan ada 'double standard' di sini..
"Mereka (PAS) tidak boleh membuat tuduhan melulu, mereka perlu buktikan jika perjuangan kami menyeleweng dari ajaran Islam," katanya.
Tegas beliau, hal ini menunjukkan parti itu bersifat 'angkuh' dengan meminta SIS diharamkan.
"Lihatlah mereka (PAS) belum dapat kuasa sudah begini, apa akan jadi bila mereka berkuasa nanti. Mereka akan gunakan nama Islam untuk membuat perkara-perkara lain pula.
"Parti gabungan dalam Pakatan Rakyat seperti, DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) perlu buat pendirian yang jelas dalam isu ini kerana pendirian PAS terhadap SIS akan memberi kesan kepada rakyat secara keseluruhannya," katanya.
Jelasnya, pertubuhan bukan kerajaan itu akan mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai pendirian mereka dalam masa terdekat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
SILA BERI KOMEN ANDA DISINI