PENGUMUMAN

Tuan empunya blog ini Ust. Abidin Bin Umar telah kembali ke rahmatuLlah pada 2 Januari 2010 pada pukul 6.05 pagi. Sedekahkan Al-Fatihah buat beliau.. Al-Fatihah..

Bookmarks @ Beritahulah Kawan Tentang BLOG INI

Bookmarks @ Beritahulah Kawan Tentang BLOG INI
Right Click-Open Link in New Tab/Window

BEBERAPA HADITH NABI S.A.W MENGENAI KELEBIHAN MEMBACA AL-QURAN ATAU SURAH-SURAH TERTENTU

BEBERAPA HADITH NABI S.A.W  MENGENAI KELEBIHAN MEMBACA AL-QURAN ATAU SURAH-SURAH TERTENTU
1- Diriwayatkan daipada Abu Umamah ra, katanya: Aku medengar Rasulullah S.A.W. bersabda: (Terjemahan): “Bacalah Al-Qur’an kerana dia akan datang pada hari Kiamat sebagai juru syafaat bagi pembacanya.” (Riwayat Muslim) 2- Barangsiapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, tidak menegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut. 3- SURAH AL-DUKHAN Sabda Rasulullah S.A.W. "Barangsiapa membaca surah Ad-Dukhan di waktu malam maka meminta ampun baginya 70,000 Malaikat di waktu pagi."(H.R. al-Tirmidzi) 4- SURAH AL-MULK Sabda Rasulullah S.A.W. Barangsiapa membaca Surah Al-Mulk sebelum tidur nescaya Allah SWT akan membebaskannya dari azab kubur. 5- Barangsiapa membaca Surah Al-Ikhlas sebanyak 10 kali Allah SWT akan membangunkan untuknya sebuah istana di syurga.

MESTI BACA !!!- MESTI BACA !!!- MESTI BACA !!!

H1N1 - Malaysia ditangga teratas?
BARU....GEMPAR....HANGAT!!! BACA-TONTON-SIBAR!!!
Teoh mati dibunuh UMNO! Terkini Meletop!!!
Tsu Koon tempelak KP SPRM isu kematian Teoh Beng H...Paling baru!!!
Pegawai SPRM sarankan Teoh rasuah dan dibunuh rakan.. Baru!!!
"Surat Misteri" - Pendedahan Baru Inkues Teoh Beng Hock-Video!!!
"SURAT MISTERI" berkaitan konspirasi SPRM dan Khir Toyo..
PANAS-Video Teoh Beng Hock tortured before death Saksikan!!!
LIVE : Inkues kematian Teoh Beng Hock 17/09/09
GAMBAR : Beza mayat Jatuh Bangunan Tingkat 16 & 14.

KHAS SEMPENA HIMPUNAN MANSUH ISA
TENGOK KOLEKSI GAMBAR - HIMPUNAN MANSUH ISA Jom!!!
KOLEKSI GAMBAR GMI-Malaysiakini!!!

!!!GEMPAR-GEMPAR-GEMPAR!!!
Tayangan Video TERKINI dan Hangat...!!!
Yusri buat penjelasan atas pentas PAS-Video..Panas!!!
Benarkah Pemimpin UMNO Kafir Walau Bersolat ???
Mufti HARAM Berpolitik-Demi Umno@BN WAJIB..???

TOPIK HANGAT SAHAJA!!!

LUAR NEGARA:


POLITIK MALAYSIA:

Siapa kata KELANTAN MUNDUR??? tak ada baca ka...??
Kod BABI-Dalam Makanan... Baca Cetak Edar!!!

Sabtu, Julai 11, 2009

LABIAN TAPAK AGROPOLITAN SILAM

LABIAN TAPAK AGROPOLITAN SILAM
Posted on Friday, July 10 @ 17:00:00 PDT by AbuJihad
Artikel Oleh: anaqsabah

"

Walaupun hampir 46 tahun merdeka, namun penduduk Labian belum pernah menikmati bekalan elektrik melainkan melalui generator kecil seperti ini.

Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh!

KELMARIN, 5 Julai 2009, saya hadir di Majlis Bersama Rakyat di Kampung Tanjung Labian yang menjadi tuan rumah Program Sukaneka 13 buah kampung tradisi yang masih mundur seolah-olah berada di era 1940-an jika jalan berturap tidak dibina menghubung semua kampung berkenaan.

Saya dimaklumkan bahawa masalah pertindihan permohonan tanah antara penduduk kampung yang mendiami 13 kampung tradisi mungkin hanya dapat di atasi sekiranya gagasan saya untuk menganjurkan Projek Agropolitan Silam yang mencakupi bidang Biak-Baka Ternakan, Pusat Akuakultur Marin, Hub-Kraftangan dan Taman Herba Botanikal diluluskan Kerajaan Negeri Sabah dan Kerajaan Persekutuan.

Walupun mungkin tercicir daripada pelan asal Koridor Pembangunan Sabah (SDC) kerana ketika dilancarkan saya belum menjadi Ahli Parlimen Malaysia bagi kawasan Silam yang meliputi tiga Dewan Undangan Negeri iaitu Tungku, Lahad Datu dan Kunak; namun saya yakin belum terlambat untuk memasukkan program ini.

Kampung-kampung tradisi yang wujud sejak sebelum merdeka selama ini tersepit dengan rancangan pembangunan tanah Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan Felda (FELDA) dan permohonan serta kelulusan bertindih dengan pemohon luar yang diluluskan tanah yang telahpun diusahakan penduduk kampung di kawasan Sahabat Pinggir dan Zon Keselamatan.

Keadaan semakin serius apabila ramai penduduk kampung mendakwa (beserta bukti surat tawaran dan geran draf) tanah mereka yang mereka usahakan sejak turun temurun telah diceroboh Felda namun aduan hak asasi mereka tidak pernah dilayan pihak pengurusan Felda ataupun Jabatan Tanah dan Ukur.

Saya mendapati dakwaan mereka benar kerana ketika Felda dibuka tidak ada pengukuran lapangan dilakukan untuk menentukan garis sempadan ketika membuka tanah di Gugusan Sahabat untuk perladangan kelapa sawit.


Apakah PPHT Lahad Datu dapat berbuat sesuatu untuk merungkaikan masalah tanah di Labian dan Felda?


Walaupun pihak Jabatan Tanah pernah mendakwa bahawa semua permohonan penduduk kampung yang telah dikeluarkan geran telah dibatalkan oleh Kerajaan Parti Berjaya yang telah menyerahkan tanah pertanian kepada Felda, namun dakwaan liar berkenaan bercanggah dengan Hak Asasi Manusia dan Perlembagaan Persekutuan.

Ramai penduduk kampung telah membawa perkara ini ke mahkamah dan ada yang berjaya tetapi ramai tidak mampu membiayai peguam menyebabkan tanah mereka masih berada dalam dilema kerana telah diusahakan Felda.

Kes kelulusan tanah seluas 800 ekar kepada Kinsajaya Sdn.Bhd milik Mantan Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Ramli Yusof dan Brigedier Jenderal Yassin Yahya di atas tanah yang telah diusahakan penduduk kampung juga menambah kemelut pertikaian tanah ini.

Namun, saya percaya Kerajaan mempunyai mekanisme untuk menjalankan projek Agropolitan di Zon Tanjung Labian kerana kawasan tanah terbiar masih luas terutama tanah kerajaan yang belum diberi hak milik atau diusahakan memang sesuai untuk kegiatan akuakultur marin dan pertanian herba.



Penduduk Labian bukanlah pemalas kerana semuanya menternak lembu dan kambing, namun ketiadaan padang ragut menghalang mereka maju.


Saya amat sedih apabila dimaklumkan bahawa padang ragut penduduk kampung turut termasuk di kawasan yang telah dimajukan Felda sehingga menyebabkan lembu dan kambing yang diternak penduduk terpaksa dilepas bebas sehingga mengotorkan kampung dan menyebabkan penduduk tidak dapat menjalankan kegiatan pertanian secara kendiri kerana tanaman mereka diragut ternakan ini.

Penduduk kampung bukanlah pemalas atau berpeluk tubuh atau menadah tangan memohon subsidi kerajaan sebaliknya mereka berusaha gigih sekalipun mempunyai dana yang terhad dan terpaksa berjimat cermit hasil daripada pendapatan mereka sebagai nelayan.

Mereka menternak lembu, kambing dan ayam itik secara lepas bebas untuk menyara keperluan sumber protien mereka di samping ternakan ikan dalam kolam untuk menambang pendapatan mereka terutama di musim mereka tidak dapat turun ke laut.

Sekiranya kerajaan meluluskan Projek Agropolitan di Labian, masalah kemiskinan tegar tidak lagi menjadi halangan kepada kerajaan kerana pembangunan yang akan dibawa masuk akan meningkatkan taraf prasarana yang boleh dinikmati oleh penduduk kampung dan sekaligus peluang pekerjaan dan penglibatan mereka dalam projek agropolitan akan merintis masa hadapan yang cerah.


Sampai bilakah mereka terus menikmati air telaga yang payau untuk kegunaan harian sedangkan pekerja asing Felda menikmati bekalan air bersih?

Bekalan air bersih dan bekalan elektrik akan dipakejkan dengan projek agropolitan yang bukan sahaja mampu membangunkan Labian malah memberi sinar kepada 13 buah kampung tradisi yang selama ini bergelap dan masih menggunakan telaga graviti dan hujan sebagai penyambung tali hayat.

Adalah menjadi tanggungjawab kerajaan untuk menyediakan bekalan air dan elektrik sebagaimana Janji Sabah Baru 1994, namun saya amat sedih kerana hanya kemudahan jalan raya yang mampu disediakan kerajaan sedangkan pekerja asing di Felda menikmati semua kemudahan dan rakyat tempatan di 13 kampung tradisi hanya menjadi 'pemerhati pembangunan.'

Saya telah banyak kali bersuara dan 'berkokok' di Parlimen berhubung 'layanan buruk' Felda terhadap 13 Kampung Tradisi di Zon Labian, namun setakat ini 'janji Felda' hanya tinggal janji kerana belum ada satupun janji yang ditunaikan oleh para pegawai yang masih belum mengerti pepatah Melayu, 'di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung'.


Kraftangan ini boleh menjadi perusahaan utama Labian jika dibangunkan secara bersungguh-sungguh kerana bermutu tinggi.



Sehubungan itu, saya berharap agar Pengerusi Felda, Tan Sri Yusof Noor agar dapat menyelesaikan kemelut 'layanan Felda' ini terhadap penduduk kampung tradisi yang bukan sahaja dinafikan hak sosial mereka, malah dihalang daripada menggunakan jalan Felda untuk mengeluarkan hasil pertanian mereka.

Tol yang dikenakan kepada setiap kenderaan penduduk kampung tradisi ini yang menggunakan jalan Felda bagaikan sembilu yang menyiat tangkai hati saya. Apakah sebagai Wakil Rakyat saya hanya mampu melihat pegawai Felda bagaikan menempekkan tahi lembu ke muka Perdana Menteri yang memperkenalkan Konsep 1Malaysia, 'Rakyat didahulukan, Percapaian Diutamakan?'

Mungkin tidak ada gunanya Wakil Rakyat bagi penduduk Zon Labian pada pilihanraya umum ke 13 jika keadaan ini berterusan dan adalah tidak mustahil jika rakyat menolak semua Wakil Rakyat BN di Parlimen Silam jika mereka muak dengan janji kerajaan untuk menyelesaikan masalah yang bertompok-tompok seperti tahi lembu di Labian (kerana ketiadaan padang ragut) jika masalah ini tidak dapat diselesaikan dengan baik.



Labian mampu melahirkan ramai pemain bola sekalipun padang bola yang sedia adalah dwi guna iaitu turut menjadi padang ragut lembu dan kambing.

Saya hanya mempunyai masa yang cukup terhad untuk menyelesaikan masalah ini dan berharap agar Ahli Lembaga Pengarah Felda, YB Datuk Suhaili Said dapat membantu saya secara ad-hoc menyelesaikan masalah 'kedaulatan' tanah rakyat Anak Negeri di 13 buah kampung yang 'terpenjara' di Gugusan Ladang Felda Sahabat.

Di sebuah negara yang merdeka, isu ini tidak sepatutnya timbul jika Felda menjalankan tanggung jawab sosial mereka dengan membangunkan kampung tradisi secara terancang dan dilengkapi dengan pelbagai kemudahan asas.

Kewujudan Felda disifatkan bukan sahaja meragut peluang mereka mengusahakan tanah adat malah merampas hak mereka berburu, mencari ubat-ubatan dan kayu kayan untuk membina rumah mereka daripada hutan rimba yang sebelum ini menjadi lubuk emas kepada penduduk kampung yang dijanjikan kehidupan lebih baik jika mereka bersetuju Merdeka bersama Malaysia; sedangkan dari segi geografinya Filipina hanya satu jam perjalanan dengan bot laju daripada Labian berbanding Kuala Lumpur yang terletak beribu batu jauhnya.

Apa daya dan usaha saya untuk berkata tidak kepada rayuan penduduk yang ingin menikmati pembangunan dan mengusahakan tanah mereka yang masih terpenjara di Felda?


Apakah selama ini mereka benar-benar berterima kasih atas layanan buruk kerajaan atau memendam rasa untuk membalas dendam pada pilihanraya umum akan datang menyebabkan saya terkesima mencari jalan penyelesaian agar mimpi buruk saya tidak menjadi kenyataan?.

Pada pendapat peribadi saya, pembukaan tanah seluas 101,171 hektar (252,727 ekar) oleh Felda selaku agensi Kerajaan Pusat di daerah bahagian Timur Sabah pada 1979 diharap membawa sinar bahagia kepada penduduk kampung yang selama ini menggadai nyawa mereka kerana kawasan terbiar ini menjadi tempat persembunyian lanun.

Janji Felda untuk menempatkan semula masyarakat dan membasmi kemiskinan melalui tanah rancangan hanya mampu dinikmati 1,647 peserta sahaja yang ditempatkan di lima tanah rancangan seluas 10,000 ekar sahaja, manakala 52 tanah rancangan telah diusahakan sendiri Felda melalui pelbagai anak syarikatnya.


Alangkah bertuahnya penduduk Labian jika Felda menjalankan ternakan lembu ini melalui perkongsiam bestari dengan mereka. Mungkinkah?

Setelah 3 dekad (30 tahun) tahun berlalu, jumlah peneroka tanah rancangan berkenaan tidak bertambah kerana Dasar Baru Felda yang tidak lagi mengambil peneroka melalui penubuhan beberapa anak syarikat yang ditubuhkan untuk membangunkan tanah rancangan berkenaan sehingga menyebabkan generasi kedua Felda bagaikan 'burung layang-layang di atas tiang telefon' yang belum berpijak di bumi nyata.

Sehubungan itu, saya merayu Menteri di Jabatan Ketua Menteri, Datuk Nasir Tun Sakaran sebagai menteri bertanggungjawab mengenai Felda di Sabah, menggesa Felda agar dapat melonggarkan syarat untuk menambah warga peneroka daripada generasi kedua dan penduduk terpilih daripada 13 kampung tradisi ini demi mengangkat martabat serta melonjakkan taraf hidup dan ekonomi mereka.


Semoga kunjungan saya ke Felda mampu memberi sedikit keprihatinan pegawai Felda terhadap masalah yang dihadapi penduduk di 13 kampung tradisi Labian.

Selagi hayat dikandung badan dan selagi masih diberi kepercayaan Perdana Menteri, saya akan berusaha memperjuangkan hak rakyat tempatan di 13 buah kampung tradisi ini, sekalipun pegawai Felda tidak menyukai saya akibat kritikan dan teguran ikhlas ini.


Salam Hormat,


YB TUAN HAJI SALLEH KALBI
Ahli Parlimen Malaysia
P 188 Silam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SILA BERI KOMEN ANDA DISINI

ARKIB BERITA

JOM MELAWAT NEGARA ARAB

MESIR-CAIRO EGYPT
EGYPT - new vision 1
EGYPT - new vision 2
Egypt 1 - Cairo
Egypt 2 - Alexandria & Siwa Oasis
Egypt 3 - Nile Cruise
Egypt 4 - Aswan & Abu Simbel
Cairo-Egypt- مصر- القاهره
Beauty of Egypt
Street Food-Cairo-21 July 8-Part 1
Street Food-Cairo-21 July 8-Part 2
Tips for Traveling to Taba, Egypt
Travel Tips for Cairo
Cairo 2008
Alexandria
Alexandria Streets, Egypt
SAUDI ARABIA
WELCOME TO SAUDI ARABIA
saudi arabia short documentry
Saudi Culture Janadreia Full
Beautifull Saudi Arabia
Saudi Arabia: Building for the future
The Kaabah in Mecca, Saudi Arabia
Masjid Nabawi
Inside Masjid an Nabi - History Part 1of 2
Inside Masjid an Nabi - History Part 2of 2
The History of the Prophet's Mosque (1)
A History of the Prophet's Mosque 2 of 2
History of Madina - part 1/3 (Arabic)
History of Madina - part 2/3 (Arabic)
History of Madina - part 3/3 (Arabic)
YAMAN
WELCOME TO YEMEN
Life in Yemen
Sanaa City, Capital of Yemen صنعاء اليمن
Yemen - Kawkaban and Marib
QATAR
WELCOME TO QATAR
The Pearl Qatar - Riviera Arabia
Qatar Tourism "Heart of the Gulf"
Insider Travel Information on Doha
U.A.E.
Welcome to Dubai
Welcome to Dubai 1
Welcome to Dubai 2
Welcome to Dubai 3
Welcome to Dubai 4
Burj Dubai Armani
Dubai Asmaran Bawadi
Burj Dubai History Rising
Dubai World Islands
The best buildings of this world
Burj Al Arab-World's only 7star hotel
AMAN JORDAN
" Welcome to Jordan!"
Welcome to Jordan - (1)
Welcome to Jordan
Killing The Dead Sea - Jordan
Welcome to Jordan! (3:43)
WELCOME TO JORDAN
Ziarah Amman, Jordan
BAHRAIN
The Kingdom of Bahrain
A tour in City Center Mall Bahrain
Bahrain Tour Slideshow
KUWAIT
Kuwait City, مدينة الكويت,
Kuwait Liberation - English Version
New Kuwait City
IRAQ
The Beautiful iraq
Beautiful Iraq before the War
Beautiful Iraq
OMAN
Beautiful Oman
Oman - Muscat
Muttrah Souq Muscat Oman
Muscat - Capital of Oman
Visiting Oman
LEBANON
Welcome To Lebanon
Beirut, Lebanon
Beautiful Lebanon
4 days in Lebanon
Beirut- Lebanon- لبنان - بيروت
Lebanon, the Pearl of the Middle East
Lebanon-beautiful country in the world
SYRIA
Welcome to SYRIA
Welcome to Syria
Syria The Beautiful
Syria: Tourist Attractions
Syria: Damascus
Damascus, Syria
New Path to Damascus - Syria
PALESTINE
Baitulmaqdis Masjidil Aqsa 01
Baitulmaqdis Masjid Aqsa Zikir & Selawat 02
B. Maqdis Dome Of The Rock 03
B. Maqdis Maqam N. Daud & N. Musa 04
B. Maqdis Laut Mati & Maqam N. Shueb 5
Baitulmaqdis Ashabul Kahfi 06
MOROCCO
Welcome to Morocco Part 1
Welcome to Morocco Part 2
Welcome to Morocco Part 3
Welcome to Morocco
Welcome to Morocco
Casablanca Morocco
King Hasan Mosque - Casablanca (Morocco)
Inside the King Hassan II Masjid-Casablanca

CARIAN DALAM BLOG INI


powered by FreeFind

CARIAN KE WEB LAIN