Anak lelong gambar separuh bogel ibu
|
|
AUCKLAND - Seorang remaja lelaki cuba menjual beberapa gambar ibunya dalam keadaan separuh bogel di Internet, lapor sebuah akhbar semalam.
Remaja lelaki yang identitinya dikenali sebagai Michael dan berumur 18 tahun itu menyatakan pada mulanya dia melelong lima gambar ibunya.
Dia memberitahu bahawa dia berbuat demikian selepas mereka bertengkar.
Apabila laman lelongan TradeMe menarik keluar gambar itu, Michael yang berasal dari Auckland, New Zealand menghantar siri kedua gambar ibunya.
Dia mendakwa telah memperoleh kebenaran ibunya untuk melelong siri kedua gambar 'glamor' ibunya yang dikenali dengan nama Jennifer.
Namun, salah satu gambar glamor itu menunjukkan ibunya memakai seluar dalam dan lebih banyak pakaian yang menutup tubuhnya.
Michael kemudian menjelaskan tujuan dia melelong gambar itu adalah kerana untuk mendapatkan wang segera. - Agensi
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
SILA BERI KOMEN ANDA DISINI