PENGUMUMAN

Tuan empunya blog ini Ust. Abidin Bin Umar telah kembali ke rahmatuLlah pada 2 Januari 2010 pada pukul 6.05 pagi. Sedekahkan Al-Fatihah buat beliau.. Al-Fatihah..

Bookmarks @ Beritahulah Kawan Tentang BLOG INI

Bookmarks @ Beritahulah Kawan Tentang BLOG INI
Right Click-Open Link in New Tab/Window

BEBERAPA HADITH NABI S.A.W MENGENAI KELEBIHAN MEMBACA AL-QURAN ATAU SURAH-SURAH TERTENTU

BEBERAPA HADITH NABI S.A.W  MENGENAI KELEBIHAN MEMBACA AL-QURAN ATAU SURAH-SURAH TERTENTU
1- Diriwayatkan daipada Abu Umamah ra, katanya: Aku medengar Rasulullah S.A.W. bersabda: (Terjemahan): “Bacalah Al-Qur’an kerana dia akan datang pada hari Kiamat sebagai juru syafaat bagi pembacanya.” (Riwayat Muslim) 2- Barangsiapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, tidak menegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut. 3- SURAH AL-DUKHAN Sabda Rasulullah S.A.W. "Barangsiapa membaca surah Ad-Dukhan di waktu malam maka meminta ampun baginya 70,000 Malaikat di waktu pagi."(H.R. al-Tirmidzi) 4- SURAH AL-MULK Sabda Rasulullah S.A.W. Barangsiapa membaca Surah Al-Mulk sebelum tidur nescaya Allah SWT akan membebaskannya dari azab kubur. 5- Barangsiapa membaca Surah Al-Ikhlas sebanyak 10 kali Allah SWT akan membangunkan untuknya sebuah istana di syurga.

MESTI BACA !!!- MESTI BACA !!!- MESTI BACA !!!

H1N1 - Malaysia ditangga teratas?
BARU....GEMPAR....HANGAT!!! BACA-TONTON-SIBAR!!!
Teoh mati dibunuh UMNO! Terkini Meletop!!!
Tsu Koon tempelak KP SPRM isu kematian Teoh Beng H...Paling baru!!!
Pegawai SPRM sarankan Teoh rasuah dan dibunuh rakan.. Baru!!!
"Surat Misteri" - Pendedahan Baru Inkues Teoh Beng Hock-Video!!!
"SURAT MISTERI" berkaitan konspirasi SPRM dan Khir Toyo..
PANAS-Video Teoh Beng Hock tortured before death Saksikan!!!
LIVE : Inkues kematian Teoh Beng Hock 17/09/09
GAMBAR : Beza mayat Jatuh Bangunan Tingkat 16 & 14.

KHAS SEMPENA HIMPUNAN MANSUH ISA
TENGOK KOLEKSI GAMBAR - HIMPUNAN MANSUH ISA Jom!!!
KOLEKSI GAMBAR GMI-Malaysiakini!!!

!!!GEMPAR-GEMPAR-GEMPAR!!!
Tayangan Video TERKINI dan Hangat...!!!
Yusri buat penjelasan atas pentas PAS-Video..Panas!!!
Benarkah Pemimpin UMNO Kafir Walau Bersolat ???
Mufti HARAM Berpolitik-Demi Umno@BN WAJIB..???

TOPIK HANGAT SAHAJA!!!

LUAR NEGARA:


POLITIK MALAYSIA:

Siapa kata KELANTAN MUNDUR??? tak ada baca ka...??
Kod BABI-Dalam Makanan... Baca Cetak Edar!!!

Sabtu, Julai 11, 2009

KONSEP 1MALAYSIA DI CELAH KEMELUT KEMISKINAN TEGAR - SABAH

KONSEP 1MALAYSIA DI CELAH KEMELUT KEMISKINAN TEGAR - SABAH
Posted on Friday, July 10 @ 17:30:00 PDT by AbuJihad
Artikel Oleh: anaqsabah

"
KELAPA.... Percayakah anda jika masih ada rakyat yang hidup di pinggir bandar terpaksa memakan kelapa tua dan tombong kelapa untuk menyambung kehidupan ketika tidak mempunyai wang untuk membeli makanan?

Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh dan Salam Sejahtera!

Warga Silam yang dikasihi,

Saya mengucapkan Salam '1Malaysia, 1Silam, 1Famili' kepada seluruh warga Silam termasuk YB Datuk Datu Nasrun Datu Mansur (Adun Lahad Datu), YB Datuk Haji Suhaili Said (Adun Tungku) dan YB Nilwan Kabang (Adun Kunak) kerana telah memberi peluang kepada saya untuk berkhidmat dengan penuh dedikasi dan bertanggung jawab.

Dalam lawatan kerja saya sebagai Ahli Parlimen, saya telah menelusuri segenap kampung dan ceruk rantau untuk meninjau sendiri kehidupan rakyat yang telah memilih saya sebagai Ahli Parlimen termasuk tiga orang YB yang telah bertungkus lumus berkempen memenangkan saya pada pilihanraya umum lalu.

Sepanjang perkhidmatan saya selama satu setengah tahun sebagai Ahli Parlimen, saya telah menemui dan melihat banyak perkara yang tidak patut berlaku setelah kita merdeka hampir 46 tahun dan turut mewarisi masalah yang ditinggalkan oleh lapan Ahli Parlimen yang lalu.

Saya memohon maaf yang tidak terhingga daripada YB Datuk Nasrun kerana terpaksa 'menceroboh' kawasannya dan tidak langsung berniat untuk memalukan beliau. Saya terpaksa memilih antara rakan akrab dengan tanggung jawab sebagai Wakil Rakyat yang telah dipilih melalui pilihanraya yang sah.

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Pemurah, saya terkesima apabila menerima berita daripada kakitangan saya bahawa terdapat satu keluarga Tiong Hua yang hidup dalam keadaan begitu daif dan tinggal betul-betul di belakang rumah YB Datuk Nasrun yang hanya dipisahkan oleh sebuah parit monson.

Hati saya berbelah bahagi sama ada untuk menjaga nama baik YB Datuk Nasrun dengan mendiamkan perkara ini atau menjalankan kewajipan saya sebagai Wakil Rakyat yang diberi amanah oleh Perdana Menteri Malaysia untuk menjayakan konsep '1Malaysia'.

Setelah bermunajat kepada Illahi dan beristikharah, saya mengambil risiko membuat keputusan untuk membantu keluarga malang berkenaan daripada meminta bantuan YB Datuk Nasrun kerana bimbang akan disalah tafsir sebagai menghina beliau atau dituduh untuk membunuh karier politik beliau.

Saya tertanya-tanya kepada diri, kenapakah keluarga Tiong Hua ini diabaikan? Saya tidak percaya masih ada orang Cina atau Tiong Hua yang miskin di bumi para anbia, Silam yang begitu kaya dan makmur. Apakah kaum Tiong Hua tidak layak untuk menerima bantuan kerajaan terutama rumah PPRT kerana semakan saya mendapati tidak pernah ada sebuah rumah PPRT diberikan kepada masyarakat Tiong Hua sedangkan mereka juga mempunyai satu undi sama seperti kita!

Saya berusaha menggodam sistem sosial yang agak tempang apabila terdapat sebuah keluarga yang terpaksa melalui hari-hari mendatang yang tidak pasti sedangkan mereka tinggal di kawasan perkadaran Majlis Daerah Lahad Datu dan terpaksa membayar cukai pintu sekalipun tidak mampu untuk membeli maggi untuk mengalas perut.



KAYU API.... Walaupun mempunyai dapur gas, namun dengan bantuan RM160, keluarga ini tidak mampu untuk mengisi silinder gas yang saya serahkan sebelum ini bersama dapur dan terpaksa menggunakan kayu api untuk memasak.


Dari sudut hati saya yang paling dalam, saya memohon sejuta kemaafan sekali lagi daripada YB Datuk Nasrun jika apa yang saya dedahkan dalam blog ini akan menyebabkan 'perang dingin' namun saya merayu dengan penuh keinsafan agar isu ini haruslah dilihat daripada sudut positif.

Hati saya tersentuh dan mengalirkan air mata, apabila melihat seorang ibu tunggal, Liew Kon Lan, 63, tinggal di sebuah gubuk buruk yang langsung tidak mempunyai sebarang kemudahan asas bersama dua anak lelakinya, Pang Tain Paw, 44, dan Pang Tiew Loi, 41, menantu dan cucunya.

Sebelum menjadi Wakil Rakyat, saya tidak pernah melihat dengan mata kepala saya sendiri masih ada warga Malaysia yang hidup dalam keadaan kemiskinan di Silam lebih teruk daripada yang digambarkan di dalam program RTM, 'Bersamamu'.


KEBAJIKAN.... Pegawai Kebajikan sedang merekod data pelanggan mereka. Liew, yang tidak datang ke pejabat kerana uzur untuk memudahkan sistem pembayaran bantuan yang tertunda.


Walaupun saya lahir di kalangan keluarga nelayan yang hidup kais pagi belum tentu makan petang, namun tidaklah sedaif keluarga Tiong Hua ini yang benar-benar merempat di atas tanah ibu pertiwi tanpa pernah menikmati makna kemerdekaan, seolah-olah masih berada di bawah pemerintahan Jepun.

Saya tidak mampu berkata apa-apa ketika melihat mereka terpaksa mengalas perut dengan kelapa tua dan tombong kelapa kerana bantuan Jabatan Kebajikan Am yang sebelum ini dihantar ke rumah mereka tidak sampai disebabkan proses menaiktaraf sistem bantuan iaitu daripada tunai kepada akaun bank.



TUHAN....Apakah Tuhan akan menjenguk hambanya yang berada di dalam kemiskinan? Keluarga malang ini tidak pernah melupakan tanggung jawab mereka untuk bersyukur kepada Tuhan.


Dengan hanya bantuan RM160 sebulan dan gaji anaknya RM500 sebulan, keluarga ini benar-benar miskin tegar kerana anak lelaki Liew, Pang Tian Paw terpaksa menyara rawatan ibunya, adiknya yang cacat mental, isterinya yang bisu dan anaknya (normal) yang bersekolah.

Pemberhentian sementara bantuan kebajikan yang selama ini dinikmati oleh ibu tunggal untuk membeli ubat dan menyara kehidupannya adalah mala petaka yang paling besar dalam hidup keluarga malang ini kerana mereka terpaksa menyatu makanan sementara menanti bantuan yang tidak kunjung tiba.

Bagi mengatasi masalah ini, dengan peruntukan yang amat terhad, saya meluluskan sebuah rumah PPRT dan menanggung persekolahan cucu Liew, iaitu anak Pang Tian Paw termasuk tambang bas bagi membolehkan nasib Warga Malang ini tidak terus terjerumus di arus putaran ganas kemiskinan.


SINARAN....Semoga rumah baru yang akan siap satu minggu lagi(kiri) dan rumah lama (kanan) akan memberikan sinaran yang bermakna dalam kehidupan mereka yang mendatang.


Atas ehsan Pegawai Kebajikan Daerah dan Bank Simpanan Nasional Lahad Datu (BSN), yang datang ke rumah, maka Liew dapat membuka akaun bank BSN untuk menyalurkan bantuan yang telah dinaiktaraf daripada bantuan am kepada bantuan orang tua iaitu daripada RM160 kepada RM300.

Dengan kejayaan pembukaan akaun di rumah penerima bantuan, saya berharap agar Jabatan Kebajikan bekerjasama dengan BSN mencari penerima yang tercicir di luar bandar bagi membolehkan bantuan diterima setiap bulan tanpa sebarang halangan.


BERTUAH....Mungkin sayalah Ahli Parlimen yang paling bertuah kerana Pegawai Kebajikan Am dan Pegawai Kebajikan Hospital begitu amanah menjalankan tugas.

Saya bertuah kerana mempunyai seorang Pegawai Kebajikan Daerah yang bekerja keras tanpa mengira masa dan tidak pernah gagal menjalankan tugas yang diamanahkan walaupun tidak disenangi oleh setengah pihak yang ingin mencari populariti murahan dengan mencampuri urusan kerajaan.

Tugas saya tidak selesai setakat itu sahaja kerana dengan meluluskan sebuah rumah PPRT yang agak selesa, bekalan air bersih dan elektrik, saya tidak dapat mengeluarkan keluarga malang ini daripada kepompong kemiskinan.


BUKA.... Mujur ada ehsan pegawai BSN yang datang ke rumah Liew yang mengalami masalah kesihatan untuk ke bank bagi menyalurkan bantuan yang diterimanya.


BANTUAN... Saya hanya mampu membantu membuka akaun bank dan berharap agar bantuan bulanan kepada keluarga ini bukan satakat untuk ibu tunggal sahaja malah untuk anaknya yang cacat, menantunya yang bisu dan cucunya.

Keluarga ini bukannya malas tetapi mereka menjadi mangsa keadaan kerana seolah-olah dipencilkan oleh masyarakat kelas menengah dan pertengahan, namun mereka memerlukan aparatus khusus untuk membebaskan diri mereka daripada belenggu kemiskinan sepanjang hayat.

Walaupun cacat mental, namun Pang Tiew Loi tetap berusaha membantu keluarganya dengan memungut buah kelapa tua yang ditanam mendiang ayahnya dan menjadikannya kopra untuk dijual bagi membolehkan mereka mempunyai wang untuk membeli pakaian compang-camping yang tidak berganti sejak lima tahun lalu.


GERAN.... Pang Tain Paw menunjukkan salinan geran tanah ini masih belum dikembalikan oleh Jabatan Tanah dan Ukur yang masih memproses bayaran pampasan yang tidak kunjung tiba sejak setahun lalu.

Saya sedang merencanakan program khusus untuk mengeluarkan keluarga ini dan generasi seterusnya daripada kemiskinan tegar terutama projek ekonomi sara diri seperti ternakan kambing atau feedlot untuk lembu dan saya berharap Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) dapat mendermakan lima ekor lembu bagi keluarga ini menghidupkan semula harapan mereka yang mati bersama kematian tonggak keluarga iaitu suami Liew.

Pada pandangan saya, dengan lima ekor lembu (dua daripadanya lembu tenusu) atau dua puluh ekor kambing, keluarga ini mampu membebaskan diri mereka daripada kemiskinan dalam masa lima tahun akan datang.


IKHLAS.... Kerjasama semua pihak yang ikhlas membantu keluarga malang ini amat saya hargai terutama krew RTM yang sanggup datang daripada Tawau untuk menyaksikan 'daki kemiskinan' masih terpalit di tengah arus perdana pembangunan negara.

Jika seorang bekas tentera yang menerima bantuan am kerana cacat anggota di Kelantan yang hanya menternak sepasang kambing telah berjaya membebaskan dirinya daripada belenggu kemiskinan dalam masa tujuh tahun, saya tidak fikir keluarga ini akan gagal kerana mereka gigih berusaha sekalipun selama ini tidak mempunyai ruang dan peluang untuk berdikari kerana kerajaan hanya memberikan mereka 'ikan dan bukannya jala atau kolam ikan'.

Walaupun tanah warisan yang ditinggalkan hanya 1.5 ekar daripada tanah asal 4.2 ekar yang terpaksa dipecahkecilkan kerana pembahagian harta dengan bapa saudara Pang dan pengambilan tanah untuk projek tebatan banjir, namun tanah sekecil ini adalah 'negara besar' bagi keluarga malang yang hanya menjadi pemerhati pembangunan selama ini.

Ibarat sudah jatuh ditimpa tangga, Jabatan Pengairan dan Saliran belum membayar pampasan tanah yang diambil untuk Projek Tebatan Banjir Sungai Tabanak yang memisahkan rumah Liew dengan rumah YB Datuk Nasrun di kampung Muhibbah, Lahad Datu.

Saya tidak tahu apakah karenah birokrasi menguntungkan atau menyiksa rakyat kerana sewajarnya bayaran pampasan diselesaikan segera sebelum pembinaan dilakukan, namun apa yang terjadi, 'rumah siap, pahat dan tukul masih lagi berbunyi!'

Saya berharap selepas ini ada NGO atau syarikat konglomerat dapat menebus dan membantu mengeluarkan keluarga malang ini daripada 'penjara' kemiskinan yang merantai kehidupan mereka sejak 46 tahun lalu.


WAJAH....Bayangkanlah jika Liew ini ibu anda yang terpaksa mengharungi kehidupan yang serba daif memerhati pembangunan dari gubuk buruk mereka yang seolah-olah berada di sebuah pulau terasing?

Semoga hari-hari berlalu akan memberikan panduan kepada keluarga ini untuk menjalani kehidupan yang lebih baik pada masa akan datang kerana saya yakin Tuhan tidak pernah menyiksa umatnya yang gigih berusaha kerana kemiskinan hanyalah ujian PMR sebelum mencapai kejayaan di peringkat Ijazah di Universiti Kehidupan!

Selamat Maju Jaya!

Sekian, Salam Hormat.


YB TUAN HAJI SALLEH HAJI KALBI
Ahli Parlimen Malaysia
P 188 Silam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SILA BERI KOMEN ANDA DISINI

ARKIB BERITA

JOM MELAWAT NEGARA ARAB

MESIR-CAIRO EGYPT
EGYPT - new vision 1
EGYPT - new vision 2
Egypt 1 - Cairo
Egypt 2 - Alexandria & Siwa Oasis
Egypt 3 - Nile Cruise
Egypt 4 - Aswan & Abu Simbel
Cairo-Egypt- مصر- القاهره
Beauty of Egypt
Street Food-Cairo-21 July 8-Part 1
Street Food-Cairo-21 July 8-Part 2
Tips for Traveling to Taba, Egypt
Travel Tips for Cairo
Cairo 2008
Alexandria
Alexandria Streets, Egypt
SAUDI ARABIA
WELCOME TO SAUDI ARABIA
saudi arabia short documentry
Saudi Culture Janadreia Full
Beautifull Saudi Arabia
Saudi Arabia: Building for the future
The Kaabah in Mecca, Saudi Arabia
Masjid Nabawi
Inside Masjid an Nabi - History Part 1of 2
Inside Masjid an Nabi - History Part 2of 2
The History of the Prophet's Mosque (1)
A History of the Prophet's Mosque 2 of 2
History of Madina - part 1/3 (Arabic)
History of Madina - part 2/3 (Arabic)
History of Madina - part 3/3 (Arabic)
YAMAN
WELCOME TO YEMEN
Life in Yemen
Sanaa City, Capital of Yemen صنعاء اليمن
Yemen - Kawkaban and Marib
QATAR
WELCOME TO QATAR
The Pearl Qatar - Riviera Arabia
Qatar Tourism "Heart of the Gulf"
Insider Travel Information on Doha
U.A.E.
Welcome to Dubai
Welcome to Dubai 1
Welcome to Dubai 2
Welcome to Dubai 3
Welcome to Dubai 4
Burj Dubai Armani
Dubai Asmaran Bawadi
Burj Dubai History Rising
Dubai World Islands
The best buildings of this world
Burj Al Arab-World's only 7star hotel
AMAN JORDAN
" Welcome to Jordan!"
Welcome to Jordan - (1)
Welcome to Jordan
Killing The Dead Sea - Jordan
Welcome to Jordan! (3:43)
WELCOME TO JORDAN
Ziarah Amman, Jordan
BAHRAIN
The Kingdom of Bahrain
A tour in City Center Mall Bahrain
Bahrain Tour Slideshow
KUWAIT
Kuwait City, مدينة الكويت,
Kuwait Liberation - English Version
New Kuwait City
IRAQ
The Beautiful iraq
Beautiful Iraq before the War
Beautiful Iraq
OMAN
Beautiful Oman
Oman - Muscat
Muttrah Souq Muscat Oman
Muscat - Capital of Oman
Visiting Oman
LEBANON
Welcome To Lebanon
Beirut, Lebanon
Beautiful Lebanon
4 days in Lebanon
Beirut- Lebanon- لبنان - بيروت
Lebanon, the Pearl of the Middle East
Lebanon-beautiful country in the world
SYRIA
Welcome to SYRIA
Welcome to Syria
Syria The Beautiful
Syria: Tourist Attractions
Syria: Damascus
Damascus, Syria
New Path to Damascus - Syria
PALESTINE
Baitulmaqdis Masjidil Aqsa 01
Baitulmaqdis Masjid Aqsa Zikir & Selawat 02
B. Maqdis Dome Of The Rock 03
B. Maqdis Maqam N. Daud & N. Musa 04
B. Maqdis Laut Mati & Maqam N. Shueb 5
Baitulmaqdis Ashabul Kahfi 06
MOROCCO
Welcome to Morocco Part 1
Welcome to Morocco Part 2
Welcome to Morocco Part 3
Welcome to Morocco
Welcome to Morocco
Casablanca Morocco
King Hasan Mosque - Casablanca (Morocco)
Inside the King Hassan II Masjid-Casablanca

CARIAN DALAM BLOG INI


powered by FreeFind

CARIAN KE WEB LAIN