Ibu lahir kembar 3 perempuan
BERLIN - Seorang ibu yang berumur 34 tahun, Karina P. melahirkan kembar tiga perempuan, kata doktor-doktor semalam.
Kelahiran seumpama itu dilaporkan boleh berlaku sekurang-kurangnya satu bagi setiap sejuta kelahiran.
Bayi perempuan tersebut bernama Alexandra, Antonia dan Adriana dilahirkan selang masa beberapa saat pada pertengahan Jun ini.
Jurucakap hospital dalam satu kenyataan menyatakan semua bayi itu berada dalam keadaan sihat.
"Pada awalnya kami tidak mempercayai bahawa bayi itu kembar tiga," kata Karina.
Kembar tiga itu dilahirkan enam minggu lebih awal ketika doktor bimbang air ketuban yang pecah terlalu awal akan membahayakan bayi tersebut.
Pasangan suami isteri itu sudah mempunyai dua orang anak perempuan iaitu Anna yang berumur enam tahun dan Diana berusia dua tahun.
"Keluarga besar itu berasa gembira dan positif serta tidak bosan untuk menghadapi masa depan bersama-sama," kata hospital itu dalam satu kenyataan. - AFP
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
SILA BERI KOMEN ANDA DISINI