Posted on Friday, July 10 @ 19:30:00 PDT by AbuJihad

"Dari Kacaramata HALIK ZAMAN

Perasaan takut anak anak mereka dilepaskan dari sekolah, takut anak-anak mereka yang berkerja di jabatan Kerajaan akan ditukar atau dilepaskan kerja. Perasaan takut itulah yang menghantui para pengundi Sabah. Para pengundi yang tinggal dikampung kampung dikawal rapi oleh Ketua Kampung, JKKK dan Pemaju Mukim yang dibayar gaji khas dari Kerajaan.
Ketua Kampung, selain tugasnya membuat laporan dari masa kemasa kepada cawangan dan bahagian UMNO kegiatan seharian ahli-ahli UMNO di kampung, beliau bersama JKKK dan Pemaju Mukim juga mengenal pasti
para pengundi yang pro parti pembangkang. Jika dihidu penduduk kampung yang pro parti pembangkang maka Ketua Kampung, JKKK dan Pemaju Mukim akan memboikot orang orang yang pro pembangkang itu. Mereka yang pro pembangkang dianggap sebagai kera sumbang tinggal di kampung tersebut.
Peranan Kerajaan UMNO/BN pula, menjaga kebajikan Ketua Kampung, JKKK dan Pemaju Mukim disetiap kawasan pilihanraya. Semua projek kecil-kecilan diagihkan pula kepada Penghulu Kampung, JKKK dan Pemaju Mukim melalui teori 3 in 1, "Satu untuk aku, satu untuk kau dan satu lagi untuk dia".
Kalau di kampung tersebut ada perkahwinan, Ketua Kampung akan datang ke rumah bapa pengantin, katanya "YB. ada dijemput? Setiausaha Politik sudah jemput? Ketua Bahagian, Ketua Cawangan dan AJK semua mesti dijemput." Itu perintah Penghulu Kampung. Ini juga strategi politik UMNO.
Selain tugasan politik, Ketua Kampung, JKKK dan Pemaju Mukim juga ada agenda tugasan tersendiri. Bila ada Cina, Bugis dan Bajau Filipin yang ada Kad Pengenalan yang sah, mereka nak buat rumah di rizab kampung, orang tersebut kenalah berjumpa dengan Ketua Kampung, JKKK dan Pemaju Mukim (mereka bergeng keras). Bila NGAM cerita, mereka pun dibenarkan membuat rumah di kampung tersebut.
Para pengundi yang tinggal di kampung tersebut, bukanlah orang yang serba senang. Pendapatan mereka terhad. Mereka serba miskin. Kalau ada sahaja Pilihan Raya UMUM atau Pilihan Raya Kecil di kawasan mereka, pada orang kampung tersebut, "Itu Hari Raya" atau "Durian Runtuh". Ketua Kampung, JKKK dan Pemaju Mukim yang memegang peruntukkan mereka. Bahagian Ketua Kampung, JKKK dan Pemaju Mukim sudah
diatur khas. Lain lagi untuk Ketua Bahagian dan AJKnya dan Ketua Cawangan dan AJKnya ditanggung beres Pak'.
Para pengundi cuma dapat sedikit sahaja lebih kurang RM20 sahaja seorang, kata orang Sabah cuma dapat "ampurai dan kuripingnya sahaja". Ampurai, ertinya yang terselit di celah celah gigi. Kuriping, ertinya sisa-sisa lebihan yang melekat di tepi bibir. Yang kembung perut, Penghulu Kampung, JKKK dan Pemaju Mukim. Begitulah keadaannya para pengundi Sabah yang begitu murah sekali maruahnya.
Kerja Ketua Kampung, JKKK dan Pemaju semasa Pilihan Raya Umum ke12 baru-baru ini di Sabah ialah membentuk satu AJK Gerak Kilat. Kerja AJK Gerak Kilat tersebut, esok waktu mengundi, malam itu juga hingga kesubuh AJK Gerak Kilat di seluruh Sabah setiap kawasan pilihanraya di kawasan orang Islam. Mereka menanam signboard concrete siap terlukis "Gambar Datuk Dr. Jeffrey Kitingan memegang Salib +.. Siap tertulis dengan huruf besar, "Jika PKR menang PRU12, Datuk Dr.Jeffrey Kitingan dilantik oleh Dato' Seri Anwar Ibrahim sebagai Ketua Menteri Sabah. "Gambar Datuk Dr.Jeffrey Kitingan dengan tangannya memegang SALIB + tersenyum ketawa lebar. (Lukisanpun sama dan serupa dengan Datuk Dr.Jeffrey).
Signboard concrete tersebut ditanam di tempat yang strategik di hadapan setiap masjid dan surau di seluruh Sabah. Begitu juga di kawasan kampung penduduk Islam. Mereka buat juga signboard concrete
tanam di hadapan jalan masuk ke kampung-kampung kawasan orang Islam di seluruh Sabah. (Signboard tersebut didapati dari Ibu Pejabat siap dengan lukisan dan ayat ayat tersebut).
Bila Tuan Imam dan Ahli Masjid lalu dekat signboard itu, mereka pun berkata, "Astagfirullah, gila kah si-Anwar ni hah! Adakah dia lantik Si-Jeffrey jadi Ketua Menteri. Ainahhh, dia pegang SALIB + lagi. Bila orang kampung kawasan Islam lalu di jalan masuk kampung, mereka berkata, "Kurang asam, Si-Nuar ini, dia lantik Si-Jeffrey juga !!".
Begitu lah strategi UMNO Sabah yang membawa kekalahan besar PKR di Sabah. Perkara ini berlaku kerana saya sendiri nampak signboard concrete tersebut.
NOTA:- Saya menelefon Haji Ansari Abdullah kira kira jam 9.00 pagi setelah siap mengundi. Kata Haji Ansari Abdullah, buka signboard tersebut. Kata saya, " Sudah gila kah Ansari ni, adakah dia suruh saya buka signboard concrete itu. 10 orang pun susah nak cabut signboard concrete itu." Kata saya lagi..... "Piira mabuk !!"."
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
SILA BERI KOMEN ANDA DISINI