USNO, BERJAYA pimpin UMNO Kedah |
Oleh Afrar Yunus
Sejarah berputar ?Tun Datu Mustapha Datu Harun, Said Keruak, Harris Salleh, UPKO, BERJAYA dan sebagainya sudah pasti mengingatkan kembali kepada kita tentang politik di Sabah.
Parti-parti dan pemimpin politik di Sabah satu ketika dahulu dipimpin oleh UMNO sehinggalah pada tahun 1990, UMNO sendiri berjaya masuk ke Sabah dan parti Berjaya dan USNO bersatu demi memberi laluan kepada UMNO menapak dan berkembang di sana.
Hari ini setelah 19 tahun berlalu, pemimpin bekas parti dari Sabah pula berjaya menonjolkan kembali sejarah dengan meletakkan Shafie Apdal sebagai pemimpin orang-orang Melayu UMNO di Kedah.
Bahawa putaran roda politik tidak mengenal sesiapa.
UMNO Kedah hilang kewibawaan angkara Mahdzir Khalid. Biarpun Mahdzir menang kerusi Majlis Tertinggi, Najib tidak memerlukannya lagi.
Pemimpin-pemimpin besar UMNO Kedah seperti Tun Mahathir, Tan Sri Abdullah, Osman Aroff, Sanusi Junid, Syed Razak, dan semua ahli-ahli UMNO sekarang berketuakan Shafie Apdal yang membawa pengalaman USNO dan BERJAYA bagi memperbetulkan sikap ahli UMNO Kedah.
Hebat !
UMNO Kedah hilang pemimpin dan 'kemaluan'
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
SILA BERI KOMEN ANDA DISINI