Rabu, 29/04/2009 - Perbincangan dalaman antara Fatah dan Hamas telah ditangguhkan sehingga 16 dan 17 Mei dengan tujuan memberi peluang kepada kedua-dua pihak bagi membincang cadangan baru Mesir yang bertujuan menyelesaikan semua perkara tertangguh.
Pemimpin Hamas dan anggota pasukan rundingannya, Mahmoud Zahhar Selasa lalu menyatakan perbincangan itu telah ditangguhkan dengan tujuan memberi peluang kepada perunding kedua-dua belah pihak membincangkan cadangan-cadangan dan kemajuan terkini bersama pemimpin mereka.
Zahhar juga menyatakan Palestin Liberation Organization (PLO) dan mengenai keselamatan adalah perkara paling rumit dibincangkan dalam pertemuan yang diadakan pada hari Isnin dan Selasa itu.
sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : hijjaz79
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
SILA BERI KOMEN ANDA DISINI