Selasa, 28/04/2009 - Empat warga Palestin tercedera pada Isnin lalu berdekatan tempat perdagangan Mintar di timur bandar raya Gaza akibat serangan angkatan tentera Israel.
Dr Muawiya Hassanein, pengarah ambulans dan kecemasan dalam kementerian kesihatan, memberitahu wartawan yang kondisi mereka yang tercedera adalah ringan dan sederhana. Di Semenanjung Barat, askar-askar Zionis telah menembak seorang lelaki Palestin berusia 62 tahun di daerah Al Khalil pada Isnin lalu menyebabkan kakinya cedera berdekatan Jalan Tarqumia, bandar raya Al Khalil.
sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : nurul
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
SILA BERI KOMEN ANDA DISINI