Polis akui Ayah Pin seludup masuk
KUALA TERENGGANU - Polis Terengganu mengakui ketua kumpulan ajaran sesat Ayah Pin atau Ariffin Mohamad, 69, bebas keluar masuk sempadan negara apabila dia pernah dilihat beberapa kali di sekitar Rantau Panjang, Kelantan.
Ketua Polis negeri, Datuk Mohd. Shukri Dahlan berkata, laporan orang awam bahawa kelibat pemimpin ajaran sesat itu pernah dilihat bagaimanapun ia tidak dapat membantu pihak berkuasa mengenalpasti lokasi lelaki itu sekarang.
"Dia (Ayah Pin) mungkin berada di negara ini kerana dia ada ramai saudara-mara di kedua-dua belah sempadan negara,'' katanya ketika dihubungi semalam.
Beliau mengulas laporan Kosmo! kelmarin yang mendakwa ketua ajaran Kerajaan Langit yang hilang dari Terengganu sejak 2005 itu dilihat berada di Rantau Panjang baru-baru ini.
Ayah Pin gagal dikesan selepas markas kumpulannya di Hulu Besut diserbu oleh sekumpulan lelaki bertopeng dan sejak itu, beberapa dakwaan mengatakan dia pernah dilihat di Lembah Klang, Tumpat selain dikatakan pernah pulang ke Hulu Besut.
Mohd. Shukri memberitahu, setakat ini, pihaknya tidak pernah mendapat maklumat mengenai kepulangan Ayah Pin untuk bertemu para pengikutnya di Hulu Besut.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
SILA BERI KOMEN ANDA DISINI