Selasa, 28/04/2009 - Sumber rasmi di Iran Ahad lalu melaporkan pihak perisikan Iran berjaya memahami apa yang disifatkan sebagai “sel pengganas yang dikaitkan dengan Israel”. Sumber itu berkata anggota sel itu sedang merancang untuk mengadakan siri pengeboman di Tehran ketika pilihan raya presiden Iran berlangsung.
Press TV Iran berbahasa Inggeris melaporkan Menteri Perisikan, Gholam-Hossein Mohseni-Eje’I berkata pihaknya telah menahan anggota sel yang telah dikaitkan kepada Israel itu.
Menteri itu menambah semua anggota sel itu merancang beberapa siri letupan di ibu negara Iran dengan tujuan untuk membuat huru-hara sempena pilihan raya presiden Iran dan ia dirancang untuk dilaksanakan pada bulan Jun ini
sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : hijjaz79
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
SILA BERI KOMEN ANDA DISINI