“Memandangkan punca kelewatan telah dikenal pasti iaitu disebabkan oleh peruntukan, kerajaan seharusnya menyuntik dana tambahan bagi menyiapkan projek itu untuk faedah masyarakat pedalaman,” kata setiausaha agung PBS Datuk Radin Malleh di sini kelmarin.
Radin berkata projek itu bertujuan untuk menaik taraf perkhidmatan bukan hanya ke pekan Tenom tetapi juga landasan asal sehingga Melalap, kira-kira 14 kilometer dari Tenom.
Beliau berkata beliau berkeyakinan dengan usaha kerajaan untuk memodenkan pengangkutan awam dalam negara, projek itu akan siap sebelum akhir Rancangan Malaysia Kesembilan.
Radin, yang juga anggota Dewan Undangan Negeri Melalap, juga menyambut baik cadangan yang dikemukakan oleh Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Abdul Rahim Bakri semalam supaya satu rangkaian landasan kereta api menghu-bungkan semua kawasan utama di utara seperti Kudat.
Beliau bersetuju bahawa perkhidmatan kereta api boleh menjadi tulang belakang kepada sistem pengangkutan awam di negeri itu sebagaimana beberapa negara maju di dunia.
“Ia boleh menjadi cara utama pengangkutan, selain limpahan ekonomi yang dibawanya kepada pelbagai sektor ekonomi. Ini terutamanya untuk penduduk kampung kawasan pedalaman,” kata Radin, sambil menambah bahawa perkhidmatan kereta api bukan hanya murah tetapi lebih boleh diharapkan dan kurang tekanan.
Dalam hal ini, beliau mencadangkan pihak berkuasa berkenaan terutamanya Jabatan Kereta api Sabah, supaya bersedia dengan rancangan untuk rangkaian kereta api untuk negeri itu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
SILA BERI KOMEN ANDA DISINI