
Saiful Bukhari Saman 2 Juta Pahang Daily Online
Posted on Thursday, April 23 @ 21:56:17 MYT by Reformis
Oleh addin77
"
SHAH ALAM [4.35 pm] - Pihak kami amat terkejut dengan berita terbaru yang diterima oleh krew kami sebentar tadi, berhubung dengan "mangsa liwat" Saiful Bukhari Azlan menfailkan saman fitnah dan menuntut gantirugi sebanyak RM2 juta berhubung dengan enam artikel yang disiarkan di blog ini yang kononnya menfitnah beliau.
Kami difahamkanwrit saman telah difailkan oleh peguamnya iaitu Zamri Idrus di Mahkamah Tinggi Shah Alam petang tadi. Pihak kami amat terkejut dengan tindakan itu, namun satu persoalan yang timbul ialah Saiful sebenarnya menyaman siapa?.
Ini kerana blog Pahang Daily Online bukanlah beroperasi secara sah dan didaftarkan dengan mana-mana pertubuhan di negara ini. Blog ini adalah bersifat bebas dan berkecuali serta tidak terikat dengan mana-mana pihak. Cuma kami banyak memaparkan serta membahaskan isu-isu panas berkaitan politik tanah air sejak mula beroperasi. Kami tidak mempunyai premis yang tetap dan sebagainya. Krew-krew kami juga berada dimana-mana dan menjalankan tugas secara sukarela tanpa kekangan dari mana-mana pihak. Justeru itu, kami juga hairan kenapa Saiful beriya-iya benar ingin menfailkan tindakan saman terhadap blog ini.
Walhal, jika beliau membicarakan soal maruah dan harga diri, kenapa beliau tidak menyaman "fitnah yang paling nyata" terhadap beliau yang dibuat oleh Dr.Mohamed Osman, Hospital Pusrawi serta lain-lain media arus perdana yang telah menyiarkan laporan perubatan beliau dulu?. Bukankah ia boleh dikategorikan sebagai "fitnah" kerana Saiful mengatakan beliau diliwat oleh Anwar Ibrahim.
Kenapa tidak disaman sahaja pihak-pihak terbabit jika Saiful benar-benar ingin berbicara soal maruah dan harga diri. Justeru itu kami menantikan tindakan selanjutnya untuk memantau perkara ini. Memandangkan buat masa ini kami mempunyai ramai editor dan krew yang bergerak aktif secara online buat masa ini.
Sumber : Pahangdaily
http://addin77.blogspot.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
SILA BERI KOMEN ANDA DISINI