Nik Nur Madihah pilih belajar di Universiti Jordan
JOHOR BAHRU - Pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2008, Nik Nur Madihah Nik Mohd. Kamal, 18, bakal melanjutkan pelajaran ke Jordan University Science & Technology (JUST), awal September ini.
Beliau akan melanjutkan pelajaran dalam bidang fizik dengan tempoh pengajian selama empat tahun di negara tersebut.
"Segala persediaan untuk ke Jordan diuruskan oleh Bank Negara Malaysia (BNM) yang menaja biasiswa saya.
"Pada 25 Mei ini, saya mula mengikuti kelas persediaan di Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam," katanya kepada pemberita selepas Program Ikon Inspirasi pada Pameran Minggu Saham Amanah Malaysia (MSAM) 2009 di sini semalam.
Dia turut ditemani bapanya, Nik Mohd. Kamal Hussein, 41.
Sementara itu, Nik Mohd. Kamal berkata, beliau gembira dengan keputusan Nik Nur Madihah untuk melanjutkan pelajaran ke JUST tetapi berasa sedih akan berpisah dengan anaknya.
sELAMAT BELAR DAN TERUS BERJAYA. AMIN.
BalasPadam