RM500,000 menanti Selangor?
GANJARAN wang tunai dengan jumlah mini- mum RM15,000 menanti pemain Selangor jika mereka berjaya menewaskan Kelantan pada perlawanan akhir Piala FA di Stadium Nasio- nal, Bukit Jalil malam ini.
Itu janji Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim pada majlis sarapan pagi bersama pemain dan pegawai pasukan Selangor di kediaman rasminya di Seksyen 7, Shah Alam pagi semalam.
Khalid yang juga Presiden Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) berkata, perbincangan telah dibuat dengan anak-anak syarikat di bawah Perbadanan Menteri Besar (MBI) dan mereka bersetuju untuk membiayai wang insentif tersebut.
"Kita akan beri insentif sekurang-kurangnya RM15,000 kepada setiap pemain jika Sela- ngor muncul juara Piala FA. Kalau ada ganja- ran tambahan atau sebagainya, kita akan umumkan selepas kita berjaya menewaskan Kelantan esok (malam ini).
"Kita bimbang, kalau kita tawarkan lebih banyak ganjaran awal, pemikiran mereka (pemain) bukan lagi untuk main bola. Susah juga nanti," katanya.
Ditanya mengapa ganjaran berkenaan diumumkan sebelum perlawanan, sesuatu yang jarang dilakukan skuad Selangor sebelum ini, Khalid berkata: "Ia bagi mengimbangi berita ganjaran yang telah dijanjikan kepada pasukan lawan.
"Kita nak seimbangkan dengan ganjaran yang Kelantan dah umumkan. Itu sebab kita juga umumkan ganjaran kepada Selangor hari ini (semalam). Bagi saya, ganjaran RM15,000 ini adalah berpatutan untuk menaikkan moral pemain kita," jelasnya.
Nyata, ganjaran wang tunai sekurang-kurangnya RM15,000 jauh lebih lumayan dari- pada apa yang dijanjikan kepada pasukan Kelantan iaitu lawatan ke Old Trafford dan juga wang tunai RM30,000 untuk pasukan oleh Kerajaan Negeri Kelantan jika berjaya menjulang Piala FA malam ini.
Jika dihitung berdasarkan jumlah 26 pemain skuad Liga Super Selangor berserta pengurusan dan barisan kejurulatihan pasu- kan, jumlah ganjaran yang diumumkan Khalid semalam hampir mencecah jumlah RM500,000 keseluruhannya.
Dalam pada itu, Khalid memberitahu, Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah tidak dapat hadir untuk menyaksikan final di Bukit Jalil malam ini.
"Tuanku Sultan telah bertitah kepada saya bahawa baginda tidak dapat datang tetapi baginda tetap berharap pasukan Selangor akan muncul juara Piala FA.
"Jadi saya amat berharap agar pemain Selangor akan beraksi bersungguh-sungguh," ujar Khalid.
KOMEN:
Mana-mana menangpun KITA sokong... Selangor PKR dan Kelantan PAS dua-dua dari PR... bukan BE END..... BN hanya telan air lior jer jadi penonton.... jadi kalau ada KEKECOHAN...sah orang GILA punya angkara.
Ambuyat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
SILA BERI KOMEN ANDA DISINI