Menurut kenyataan SPRM hari ini, keputusan itu dibuat setelah SPRM meneliti kes itu dengan mendalam dan mengambil kira keseluruhan keterangan yang terdapat dalam siasatan itu.
"Peguam Negara juga bersetuju atas keputusan ini setelah dimaklumkan kepadanya," menurut kenyataan itu.
Sebelum ini, SPRM membuka kertas siasatan berhubung dakwaan kononnya dua pemimpin PKR negeri itu yang disyaki terlibat dalam penyelewengan membabitkan syarikat kuari di Seberang Perai.
Pendedahan berkenaan dibuat oleh Ketua Angkatan Muda PKR Kepala Batas, Amizuddin Ahmat pada Februari lepas dan ia dipercayai menjadi punca kepada peletakan jawatan Mohammad Fairus sebagai Timbalan Ketua Menteri I dan Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Penanti.
Menurut kenyataan itu, siasatan SPRM mendapati tugas dan tanggungjawab di bawah portfolio Mohammad Fairus tidak ada kaitan secara langsung dengan perusahaan kuari di Pulau Pinang.
"Beliau hanya diberi tugas mengendalikan siasatan kes pemberian tanah di Lot 954 dan 955, Mukim 20, Seberang Perai Tengah kepada seseorang, dan siasatan mendapati beliau ada meminta dan menerima pembiayaan daripada seorang pengusaha kuari bagi menghadiri satu kursus antarabangsa di London," menurut kenyataan itu.
Bagaimanapun, menurut SPRM, pengusaha kuari yang memberi sumbangan tersebut tidak mempunyai kaitan dengan siasatan terhadap Mohammad Fairus.
"Siasatan mendapati Mohammad Fairus telah pergi menghadiri kursus antarabangsa di London pada pertengahan tahun 2008 bersama-sama dengan Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang (P. Ramasamy) yang mana Ramasamy dibiayai sepenuhnya oleh pihak penganjur dan kerajaan negeri," menurut kenyataan itu.
Dalam kenyataan itu juga, SPRM mengingatkan kerajaan negeri, kementerian dan jabatan agar mematuhi peraturan dan tatacara permintaan serta penerimaan sumbangan daripada pihak luar.
SPRM akan menghantar pegawainya ke Pulau Pinang untuk menjalankan kajian bagi meningkatkan ketelusan dan akuantabiliti melalui prosedur dan tatacara penerimaan sumbangan atau derma dari pihak luar.
"Hasil kajian ini akan dicadangkan untuk diterima pakai oleh lainlain negeri dan kementerian, " menurut kenyataan itu. / BernamaItu kata SPRM, SPR akan 'kata' minggu depan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
SILA BERI KOMEN ANDA DISINI