Sidang DUN Perak 7 Mei tidak boleh diteruskan. |
Notis dikeluarkan oleh Setiausaha Dewan En. Abddullah Antong. Saya telah mengantung tugasnya sebagai setiausaha Dewan Negeri sebelum persidangan 'bawah pokok' yang dibuat pada 3 Mac 2009
Notis yang sama juga telah diberikan kepada saya oleh Setiausaha Dewan. Siapakah yang memberi arahan kepada Setiausaha Dewan untuk mengeluarakan Notis. Arahan itu sepatutnya datang daripada pejabat Speaker. Tetapi, Speaker sendiri tidak tahu tentang tarikh persidangan tersebut. Mungkin sayalah yang terakhir dimaklumkan tentang tarikh persidangan. Bukankah ini satu tindakan yang aneh. Speaker dihina sekali lagi.
Pada protokolnya, Spaeker yang harus memberi arahan kepada Setiausaha Dewan untuk mengeluarkan notis. Tetapi, di sini, speaker pula menerima notis yang sama seperti ADUN-ADUN yang lain.
Adakah ini merupakan usaha-usaha untuk memperkecilkan atau memperbodohkan institusi Speaker? Pada pandangan saya, ini merupakan satu lagi tindakan untuk menghina Speaker Dewan Negeri.
Sanggupkah Pandekar Amin, Speaker Dewan Rakyat berdiam diri jika Setiausaha Dewannya mengeluarkan notis memanggil Dewan Rakyat bersidang tanpa berunding dengannya? Bukankah hak Speaker untuk mengetahui terlebih dahulu segala apa yang berkaitan dengan Dewan. Apa gunanya institusi Speaker apabila semua keputusan dibuat oleh Pihak yang lain. Ini merupakan campurtangan eksekutif yang nyata. Sekali lagi doktrin pengasingan kuasa dicabuli.
Saya akan menulis surat kepada Istana untuk mendapatkan kepastian tentang tarikh persidangan yang ditetapkan. Saya tidak ditunjukkan apa-apa bukti tentang penetapan tarikh persidangan oleh Istana. Oleh yang demikian, tarikh persidangan itu mungkin perlu ditangguhkan sehingga saya mendapat kepastian tentang tarikh tersebut.
Saya juga mengantung tugas En Abdullah Antong sebagai Setiausaha Dewan. Beliau akan digantikan dengan Tuan Haji Misbah sehingga suatu tarikh yang akan diberitahu kelak.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
SILA BERI KOMEN ANDA DISINI