17th April, 2009
KOTA KINABALU: Polis berjaya menyelesiakan kejadian bunuh yang dilaporkan pada Rabu dalam masa 12 jam dan menahan dua suspek.
Kedua suspek warga asing berumur lingkungan 20’an itu berjaya ditangkap polis antara jam 12.30 tengah malam dan 2.45 pagi Khamis.
Ketua Polis Bandaraya ACP Ahmad Sofi Zakaria berkata demikian ketika dihubungi oleh wartawan New Sabah Times kelmarin.
Beliau berkata kedua-dua suspek ditahan di kawasan bandaraya dan polis kini sedang mengesan seorang lagi suspek warga asing yang masih bebas.
“Motif pembunuhan adalah cemburu dan dendam,” kata Ahmad Sofi.
Kedua mangsa yang mempunyai pertalian saudara mati setelah ditikam menggunakan senjata tajam pada kejadian yang berlaku jam 4.55 petang.
Orang ramai yang terlihat kedua mangsa tersungkur dekat sebuah perhentian bas di hadapan hotel Shangri-La dan Restoran Sri Kawang menghantar mereka ke Hospital Ratu Elizabeth.
Siasatan menunjukkan kedua mangsa dalam perjalanan berjumpa suspek untuk berbincang setelah suspek mengganggu teman wanita mangsa.
“Satu pergaduhan berlaku apabila mangsa dan suspek bertemu dan suspek telah menikam kedua-dua mangsa,” kata Ahmad Sofi. Menjawab satu soalan, Ahmad Sofi berkata polis belum menemui senjata yang digunakan semasa kejadian.
“Polis masih menunggu laporan daripada hospital mengenai kecederaan yang dialami mangsa dan sebab kematian,” tambah Ahmad Sofi.
Ambuyat:
Hebat betul PDRM K.Kinabalu...... sekejap jer selesaikan kes... memang hebat... PDRM Bukit Aman sampai sekarang tak dapat jejak pembunuh Adek Nurin... dan adek Sharlinie..... apahal??
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
SILA BERI KOMEN ANDA DISINI