Jumaat, 17/04/2009 -Dalam sidang akhbar bertarikh 17 April sempena Hari Tahanan Palestin, Hamas berkata penculikan askar Israel merupakan visi strategik yang diyakini pergerakan bagi membebaskan tahanan-tahanan Palestin.
Pergerakan itu berkata perjanjian politik dan diplomasi dengan Israel tidak mencapai kemajuan manakala penculikan askar mereka memberi tekanan kepada kerajaan Israel yang perlu menghadapi rakyat mereka sendiri.
Abdul-Latif Al Qanoa’ selaku jurucakap Hamas menegaskan beberapa operasi dijalankan oleh pejuang-pejuang Hamas yang menculik askar sekitar tahun 1980 dan 1990 an sehinggalah penahanan Gilad Shalit pada tahun 2006.
sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : hijjaz79
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
SILA BERI KOMEN ANDA DISINI