
Jangan musuhi kepelbagaian idea & strategi didalam Pas
Posted on Friday, April 17 @ 19:14:20 MYT by TokAyah
Oleh kelulut@telokbakong.com
Untuk menjadi matang perlu kepada pengalaman. Jika mahukan kecemerlangan, perlukan kepada ujian .
Begitu juga organisasi kepartian jika mahu terus relevan harus ada sikap keterbukaan didalam pentadbiran .
Tidak siapa mampu menafikan kejayaan Pas didalam mencorak pentas politik negara .Tetapi itu bukanlah bermakna Pas harus terus centric kepada acuan percaturan politik yang tidak boleh dicabar .
Kejayaan Pas setakat ini adalah hasil daripada kepelbagaian idea dan tokoh sebelum ini.Pas berjaya menghidupkan demokrasi didalam parti tanpa melibatkan rasuah politik dan sebagainya .
Menjelang Muktamar Pas yang akan berlangsung Jun ini sudah terbit pelbagai istilah yang dicurigai tujuannya .
Gerakan Erdogan, Anti ulamarisme , Pro Muqabalah,Pro TGNA , Pro TGHH, prolib dan pelbagai macam label .Kenapa ini semua timbul ? .
Persoalannya bilakah para pelabel ini' membedah dada ' hingga boleh menelah isi hati orang lain .Politik itu bersifat berubah kaedah tindakanya .Taktik zaman 50an tidak lagi berkesan pada alaf milenium .
Didalam Pas tiada rasuah politik ,yang subur hanyalah idea , strategi , keikhlasan , khilaf pandangan . Ianya bukanlah ancaman kepada parti inilah yang harus difahami .
Didalam pemilihan Saf kepimpinan baru pada jun ini adalah sebagai langkah penyediaan kepimpinan yang mantap .
PRU 13 dijangka akan menyebelahi Pakatan itu ramalan .Jika peneraju Pas gagal berfikir dan bertindak secara wajar segalanya akan tinggal impian .
Berfikirlah seperti orang yang boleh bertindak . Dan bertindaklah seperti orang yang boleh berfikir .
Didalam sirah Nabi SAW pun pernah tercatat bahawa sahabat pernah bertanya ketika didalam mengatur strategi peperangan .Apakah cadangan Nabi itu wahyu ataupun pandangan baginda ?
Dalam sesetengah keadaan nabi berkata itu pandangan baginda , maka sahabat pula mencadangkan PENDAPAT YANG PALING SESUAI .
Jika kita didalam jemaah pula apabila bersaing pandangan maka apakah itu suatu dosa ?
Kepimpinan Pas tidak perlu pemimpin cerdik tetapi yang paling cerdik !
Tidak hanya alim tetapi yang paling soleh .
A SMALL LEAK WILL SINK A GREAT SHIP !
www.telokbakong.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
SILA BERI KOMEN ANDA DISINI