17th April, 2009
BELURAN: Kerana dendam akibat cinta tidak berbalas seorang pemuda tempatan menikam dua adik beradik perempuan sehingga mati.
Berikutan itu polis menahan seorang pengawal keselamatan berhubung pembunuhan dua orang beradik perempuan petang Rabu itu.
Suspek warga tempatan, 24, disyaki membunuh kedua adik-beradik berkenaan di rumah mereka di Kampung Long Manis yang terletak kira-kira setengah jam daripada pekan Beluran.
Ketua Polis Daerah DSP Shivanathan a/l Velautham mengesahkan kejadian ketika di hubungi oleh wartawan New Sabah Times kelmarin.
Bapa mangsa terkejut apabila melihat kedua anak perempuannya Siti Norhafidah Harianto, 17, dan adiknya Siti Noradibah, 6 tahun mati berlumuran darah semasa balik ke rumah jam 5 petang.
Sepasukan polis diketuai oleh Shiva dan pegawai penyiasat dan anggota telah pergi ke rumah mangsa jam 6 petang setelah dimaklumkan oleh bapa mangsa.
“Kami mendapati kedua mangsa mengalami kecederaan teruk di badan akibat di tikam dengan senjata tajam,” kata Shiva.
Polis berjaya menahan suspek yang bertugas sebagai pengawal keselamatan di SK Long Manis pada jam 9.15 malam hari yang sama.
Menjawab satu soalan, Shiva berkata siasatan menunjukkan suspek terpikat dengan Norhafidah namun gadis itu tidak membalas cintanya.
“Polis percaya suspek telah membunuh Norhafidah serta adiknya kerana rasa kecewa dan dendam,” Shiva berkata.
Setelah disoal siasat, suspek kemudian membawa Shiva ke rumahnya pada jam 2.30 pagi Khamis dan menunjukkan kepada Shiva sebilah pisau berukuran tujuh inci yang disembunyikan dalam sampah di be-lakang rumahnya.
“Kami berjaya menyelesaikan kes bunuh ini dalam tempoh empat jam dan menemui senjata yang digunakan untuk membunuh,” tambah Shiva.
Suspek kini direman untuk membantu siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Komen Ambuyat:
Bolehpun selesaikan kes SECEPAT Mungkin.... tapi apa hal dengan adek "Sharlinie" kenapa sampai sekarang masih belum berhasil ditemui??? Apa alasan PDRM dalam hal ini???
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
SILA BERI KOMEN ANDA DISINI