Rabu, 15/04/2009 - Hamdi Shaath, pemimpin jawatankuasa kerajaan yang ertanggungjawab menguruskan deligasi ke Gaza, melaporkan satu konvoi yang menghantar bantuan dari rakyat Syria kepada Gaza telah bergerak meninggalkan Syria Isnin lalu menuju ke Gaza.
Enam trak memuatkan bahan makanan, pakaian, peralatan perubatan dan bantuan kemanusiaan lain, dan satu tan gula-gula khas buatan Syria menuju ke Gaza.
Jawatankuasa tersebut menyatakan yang satu konvoi bantuan dari Scotland juga dalam perjalanan ke Gaza. Konvoi dijangka akan tiba di Gaza melalui pangkalan sempadan Rafah pada hari Khamis.
sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : muhajir
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
SILA BERI KOMEN ANDA DISINI