Posted on Friday, August 14 @ 23:15:00 PDT by AbuJihad

"tersiar dlm utusan meloya hari ini....
Perangai PAS pelik tapi benar
1. BILA ADUN BN lompat parti ke Pakatan Rasuah, halal. Bila ADUN Pakatan Rasuah lompat parti ke BN, haram (di Perak).
lagi pelik....hilang seminggu...culik...tup tup...tetiba senyum belakang najib
2. Bila Mufti Perak sokong Pas, dia ulama terbilang. Bila Mufti Perak tegur Pas, habis dimaki hamun.
lagi pelik...bila tok mufti hilang kuasa dan bisa untuk menegur
3. Bila menang pilihan raya, puji SPR. Bila kalah, maki hamun SPR.
lagi pelik...asal ada pilihan raya kecil mesti buat hari kerja...kenapa???
4. Bila ADUN BN buat perbuatan tidak bermoral, kutuk habis-habisan. Bila ADUN Pakatan Rasuah yang buat disuruh berehat saja (Elizabeth Wong).
lagi pelik....tak paham isu antara moral raba meraba tengah ramai,skandal dgn laki bini orang,mabuk,karaokey...ngan bogel dlm tandas
5. Masa perintah Perak, cakap Raja Perak paling adil. Tapi bila dah hilang kuasa, tuduh Raja Perak macam-macam.
lagi pelik...jangan berbelit2, bubar aje DUN serahkan kuasa kepada rakyat...
6. Sebelum berkuasa, beria-ia hendak laksana hudud. Lepas dapat kuasa, cakap hudud tak wajib.
lagi pelik...kalau tak paham,p dgr ceramah,tak kena byr pun cam masuk konsert/disco...baca harakah...bukak minda tu...pikir jauh skit...jgn pikir cam makcik kiah felda taib andak laa...
7. Bila UMNO kata hudud sukar dilaksana, caci-maki-kafirkan habis- habisan. Bila DAP kata langkah mayat saya dahulu, Pas kata baiklah “Kami Dengar dan Taat”.
lagi pelik...org kata negara sekular dia kata negara islam,setakat habis puluh2 ribu buat tilawah pas tu pi melalak,menari berkonsert.mengaku islam tapi hukum islam pijak kat kaki
8. Bila orang luar hina nabi berarak satu KL, bila Raja Petra Kamarudin (RPK) hina nabi, senyap membisu (mungkin orang Pas lebih sayangkan RPK dari nabi).
lagi pelik...ada baca tak artikel RPK tu?
9. Bila kerajaan naikkan harga minyak, marah menggila, bila kerajaan turunkan harga minyak, cakap itu hanya muslihat politik.
lagi pelik...sila tengok harga pasaran dan harga sepatutnya ameno,pas dll rakyat patut terima...jgn kena tipu hidup2 lama sgt.
10. Bila Pak Lah kata nak teruskan jambatan bengkok, kutuk Pak Lah sebab jadi patung Tun Dr. Mahathir. Bila Pak Lah batalkan, pun kutuk Pak Lah sebab tidak dengar cakap Tun Dr. Mahathir.
lagi pelik....zzzzzzzzzz zzzzzzzzz zzzzzzzzzzzz
11. Masa Pak Lah PM, desak Pak Lah undur. Bila Pak Lah nak undur ganti Najib, Hadi kata Pak Lah tak payah undur pulak.
lagi pelik....sampai la ni tak tau mana perginya Bala,apa kejadahnya polis 2 orang itu bunuh altantunya dan sapa yg lulus C4?
12. Bila Pakatan Rasuah buat demonstrasi, itu demokrasi. Bila BN buat demonstrasi, gesa polis ambil tindakan.
lagi pelik...asal demo aman bangkang dasar BN mesti dicop rusuhan,tapi orang tetap dapat sambutan,bila demo BN polis tengok jer....pas tu org tak minat lansung...
13. Bila menang pilihan raya, itu namanya demokrasi. Bila kalah, ada pengundi hantu.
lagi pelik...tiap kali pilihanraya/ PRK BN salah guna jentera kerajaan (polis,spr,rtm,surat kabar dll) tambah plak undi hantu...PRK masih tidak mmihak kpd BN...
14. Bila Kelantan mundur, salahkan Kerajaan Pusat. Bila negara maju, itu hasil sumbangan Anwar ke luar negara cari pelaburan tak langsung.
lagi pelik....bila pas tadbir tengganu royalti jd wang ehsan.pas tu
royalti minyak klantan pun tak bayar jugak....
15. Bila bersendirian bertakbir, sekarang bila berdua dengan DAP ber Takbir! (di Selangor boleh jual arak di kawasan majoriti umat Islam)
lagi pelik...mula2 lembu,pas tu kes eles. wong, pas tu muncul kes arak jual kat slangor,pas ni apa pulak haa...yang khir toyo beli coklat sampai puluh2 ribu apahal...
16. Bila mulakan ceramah, baca bismillah puji nabi. Masa tengah ceramah, habis semua yang berbeza pandangan di maki-hamun.
lagi pelik...ada p ceramah tak???kalau dah jahat,makan duit rakyat,kawan ngan tokey judi kita nak panggil apa???
17. Bila orang UMNO baca al-Quran dituduh hipokrit, bila orang DAP baca al-Quran (di DUN Perak) dipuji melangit.
lagi pelik...DAP yg tak tau apa2 pun minat nak baca quran,yang ameno dok baca siang mlm tapi tak mau nak paham2...
18. Bila UMNO (parti orang Islam) ajak berdamai kata pergi jahanam, bila DAP ajak bersatu kata setuju (biarpun terpaksa gadai prinsip).
lagi pelik...bila dah tersepit baru nak berdamai,baru nak bersatu,baru nak berpadu....tinggalkan sekular,ikut alquran,pas bubar,perintahlah ameno sampai mati...habis cerita....
19. Bila Beng Hock mati tuduh kerajaan zalim, bila kerajaan tubuh inkues pula kata kerajaan ada konspirasi.
lagi pelik...paham tak inkues menatang hapa?tolonglah...jgn jd bodoh sombong....
20. Kalau Anwar bersumpah dengan nama Allah, benarlah Anwar, tapi kalau Saiful Bukhari bersumpah, dustalah kata-katanya dan boleh dimaki hamun secukup-cukupnya.
lagi pelik...dulu tuduh tak lekat,sekarang nak tuduh lagi,pas tu sumpah plak masa nak pilihanraya pematang pauh...dah tu laporan pusrawi/HKL kata tak de kesan pun....nampak sgt nak main2kan agama....
Bahkan akuan bersumpah Raja Petra lebih dipercayai daripada sumpah laknat Saiful Bukhari.
lagi pelik...sumpah laknat saiful tu sumpah pematang pauh....
21. Kalau Anwar tak berani bersumpah, itu pun satu kebenaran tapi bayangkan kalau Saiful yang tak berani bersumpah, confirm dimaki habis-habisan.
lagi pelik...kalau ezam yang sumpah????
22. Bila UMNO tak laksana hudud disebabkan faktor ketidaksesuaian, Pas maki ramai-ramai. Tapi bila Azizan Razak kata hudud bukan keutamaan di Kedah, Pas kata itu ijtihad murni"
pening... apa nk jadi la dengan kerajaan kita ni... ahli politik asyik tuduh menuduh je sepanjang zaman..bnyk kes timbul,tuduh masuk neraka la,apa la, mcm2x...
BalasPadam