Nota Dari Editorial iKDN
Editor iKDN | 12 Ogos 09 1:53pm
Kami ingin merujuk kepada beberapa artikel yang mempertikaikan graf undian untuk lima soalan ISA yang telah dipaparkan di portal ikdn sejak 6hb. Ogos yang lalu. Terlebih dahulu kami ingin mengucapkan di atas respon yang pada fikiran kami memenag menggalakkan dan juga diluar ekspetasi kami.
Berkait dengan artikel yang mempertikaikan ketulenan graf undian itu, ingin kami tegaskan bahawa tidak ada 'campurtangan' dari pihak editorial. Apa yang disaksikan itulah yang sebenar. Bukan menjadi polisi kami untuk berbohong kepada pengunjung-pengunjung portal kami. Kami menyerahkan sepenuhnya keputusan undi ditentukan secara jujur dan telus. Kepada pihak yang mempertikaikan, berfikirlah secara matang, jangan kerana pada satu-satu apabila graf undian menunjjukan keputusan seperti mana yang dikehendaki anda memuji tetapi pada suatu ketika yang lain apabila graf undian berubah corak maka lain pula kata anda. ANDA MASIH MEMPUNYAI MASA SEHINGGA JAM 12 MALAM INI UNTUK MENGGUNDI. Bermula besok lima soalan baru akan dipaparkan.
Kepada pengunjung kami, kami menghormati pandangan anda. Tidak ada penyelewengan dan tidak ada tangan-tangan yang bersembunyi. Kunjungan anda ke portal kami samada mengundi untuk menyokong atau menyanggah, kami amat-amat menghargainya.
Terima Kasih.
JAMILAH BT. TAIB
KETUA KOMUNIKASI KORPORAT
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
SILA BERI KOMEN ANDA DISINI