Posted on Friday, August 14 @ 20:47:31 PDT by TokPenghulu
Oleh Salman Haji Saleh
Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) mendesak supaya Kerajaan bertindak segera memberikan secara percuma penutup muka kepada seluruh rakyat demi membendung penyakit wabak H1N1 sekarang ini yang sudah sampai ke tahap bahaya.
DPPN Pk melihat tindakan Kerajaan yang pernah mencadangkan pemberian kondom dan jarum percuma kepada penghidap Aids dan HIV pada tahun 2005 bagi mengatasi masalah penagihan dadah satu ketika dahulu perlu juga dilakukan sekarang ini.
DPPN Pk mengharapkan kepekaan Kerajaan di dalam memastikan keselamatan rakyat terjamin jika usaha kearah membendung wabak ini dapat dikurangkan secara tersusun setelah pemberian penutup muka tersebut dapat dilakukan segera.
DPPN Pk amat kesal jika usaha pemberian penutup muka percuma ini tidak dilakukan segera dan akan menyembabkan keselamatan rakyat terjejas kerana tiada usaha membendung penyakit wabak H1N1 ini.
DPPN Pk mengharapkan Kerajaan memberikan keutamaan kepada keselamatan rakyat didahulukan dan diberikan kemudahan kerana penyakit wabak H1N1 ini telah menular dengan banyak kematian.
SALMAN HAJI SALEH
Naib Ketua,
Dewan Pemuda PAS Negeri Perak.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
SILA BERI KOMEN ANDA DISINI