Kenyataan Khairy bahawa PAS wajar keluar daripada Pakatan Rakyat ternyata satu usaha terdesak dan Umno kini semakin kehilangan modal dalam menarik kembali sokongan rakyat.
“Dewan Pemuda PAS Pusat ingin mempertegaskan bahawa Umno terlebih berhak dan wajar untuk keluar daripada BN dan menyertai PAS sebagai sebuah gerakan Islam jika sekiranya Umno benar-benar ikhlas mahu membela serta memelihara kesucian agama Islam,“tegas Ketua Pemuda PAS, Ustaz Nasruddin Hassan Tantawi hari ini.
Tambahnya, Pemuda PAS melihat desakan Khairy supaya PAS keluar daripada Pakatan Rakyat jelas menunjukkan bahawa Umno sangat terdesak untuk menguasai kepercayaan rakyat dan pengaruh politik nasional.
“Pemuda PAS juga melihat hujah Khairy bahawa PAS terpingir dalam Pakatan Rakyat semata-mata kerana adun PAS di Pulau Pinang tidak diberi Jawatan exco lalu mengesa supaya PAS keluar dari Pakatan Rakyat adalah hujah yang menjerut leher beliau sendiri kerana Khairy Jamaludin sendiri selaku Ketua Pergerakan Pemuda Umno tidak dilantik sebagai menteri atau timbalan menteri dalam kebinet Dato’ Seri Najib Tun Razak.
“Bukankah itu juga satu penghinaan dan satu penyisihan yang jelas dilakukan oleh Najib kepada Khairy sedangkan Naib beliau iaitu Dato’ Razali Ibrahim dilantik Timbalan Menteri. Kenapa tidak pula Khairy Jamaludin keluar daripada Umno setelah jelas beliau disisih dan dihina oleh Presiden partinya sendiri,”bidas Ustaz Nasruddin.
Semalam Khairy mencabar PAS keluar daripada pakatan pembangkang bagi menjaga maruah parti itu yang seolah-olah tidak dihargai oleh rakan gabungannya, DAP. (Harakahdaily)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
SILA BERI KOMEN ANDA DISINI