Nizar diusir sebaik angkat sumpah
KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin daripada Pas, diarah keluar dari Dewan Rakyat sebaik saja selesai mengangkat sumpah memegang jawatan kerana melanggar etika pakaian dengan memakai satu lilitan pada songkoknya.
Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia juga mengeluarkan perintah serupa terhadap beberapa anggota pembangkang lain termasuk Nga Kor Ming (DAP-Taiping), Datuk Ngeh Koo Ham (DAP-Beruas), Datuk Mahfuz Omar (Pas-Pokok Sena), Dr. Dzulkefly Ahmad (Pas-Kuala Selangor) dan N. Gobalakrishnan (PKR-Padang Serai) yang turut memakai sama ada lilitan di lengan atau di kepala.
Mohammad Nizar, bekas Menteri Besar Perak yang memenangi kerusi Bukit Gantang pada pilihan raya kecil 7 April lalu, telah melaungkan 'Hidup Rakyat, Bubar DUN' (Perak) sebaik beliau mengangkat sumpah dan disambut oleh anggota-anggota pembangkang dalam dewan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
SILA BERI KOMEN ANDA DISINI