Prebet England bangga seksa banduan Abu Gharib
KEYSER - Prebet Lynndie England menyatakan dia tidak menyesal mendera sejumlah tahanan penjara Abu Gharib pelbagai seksaan kejam walaupun insiden itu menyebabkan dia merengkok di dalam penjara.
Malah, England, 26, yang ditemui baru-baru ini sempena pelancaran buku kisah hidupnya di sini menyatakan dia bangga dapat berkhidmat kepada negara walaupun tugasnya di Iraq mendapat kecaman banyak pihak.
Salah satu gambar itu yang dirakam enam tahun lalu ketika England baru berusia 21 tahun menunjukkan dia tersengih sambil menghisap sebatang rokok sewaktu menunjukkan tangannya ke arah alat sulit seorang tahanan lelaki yang dipaksa melakukan onani.
"Mohon maaf atas segala perbuatan saya? Tidak, kerana jika saya berbuat demikian saya mengaku saya bersalah dan saya tidak bersalah. Saya hanya menjalankan tugas," katanya apabila ditanya sama ada dia akan memohon maaf berhubung segala perbuatan kejamnya selama ini.
"Di mata saya, semua tahanan itu musuh AS. Apa yang berlaku dalam peperangan akan berlaku. Mereka sebaliknya akan melakukan penyeksaan 20 kali ganda ke atas kami," tambah England.
Menurutnya, dia memiliki 800 gambar penyeksaan lain yang bakal menggegarkan White House dan masyarakat dunia sekiranya didedahkan kepada umum.
Wanita berkenaan yang menjalani hukuman penjara selama tiga tahun bersama beberapa rakannya sebelum dibebaskan dengan parol mula berkhidmat di penjara Abu Gharib pada Oktober 2003.
Sejumlah 90 peratus daripada lebih 7,000 tahanan di penjara tersebut dibebaskan tanpa sebarang dakwaan. - Agensi
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
SILA BERI KOMEN ANDA DISINI