Gadai nyawa elak terus dikurung
SUNGAI PETANI – Dua wanita Indonesia dipercayai amah yang mendakwa dikurung tanpa diberi makan bertindak nekad dengan melarikan diri dari tingkap di tingkat satu bangunan di sini semalam mengguna tali yang disambung-sambung daripada selimut, tuala dan kain batik.
Bagaimanapun, seorang mangsa berusia 20-an patah kaki kanan selain berlaku pendarahan akibat terhempas dari ketinggian empat meter.
Seorang lagi mangsa tidak sempat turun menggunakan tali yang dibuat sendiri.
Dalam kejadian pada pukul 6.05 pagi semalam, dua wanita terbabit dikatakan mahu melarikan diri selepas tidak tahan dikurung dalam sebuah bilik di tingkat satu bangunan Kompleks Seri Temim di sini.
Kedua-dua mangsa terpaksa mengambil tindakan nekad itu kerana mendakwa kebajikan mereka diabai oleh majikan termasuk tidak dibekalkan makanan selama empat hari dikurung di situ.
Kejadian itu disedari seorang Pembantu Penguat Kuasa Majlis Perbandaran Sungai Petani (MPSPK), Che Osman Che Mat, 56, yang kebetulan bertugas di Dataran ‘O’ Kilometer, kira-kira 100 meter dari bangunan tempat kedua-dua mangsa cuba melarikan diri.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
SILA BERI KOMEN ANDA DISINI