Israel anggap kemenangan Mahmoud berita buruk
LE BOURGET - Menteri Pertahanan Israel, Ehud Barak semalam menyatakan kejayaan Presiden Iran, Mahmoud Ahmadinejad mempertahankan jawatannya untuk penggal kedua sebagai satu berita buruk.
"Kejayaan puak pelampau itu adalah satu berita buruk. Saya tidak pasti keputusan itu menggambarkan kehendak rakyat Iran," kata Barak ketika ditemui pada Pertunjukan Udara Paris di sini.
Namun katanya, kumpulan yang berfahaman melampau akan menguasai Iran.
"Berita buruk kerana mereka akan meneruskan usaha untuk menjayakan misi nuklear dan ketenteraan Iran," tambahnya.
Menurut Barak, Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama perlu mengamalkan pendekatan segera, terhad dan sekatan berhubung dasar Washington mengenai Iran.
Barak turut menggesa pemimpin dunia untuk menilai pilihan tindakan ketenteraan bagi menangani isu tenaga nuklear Iran. - AFP
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
SILA BERI KOMEN ANDA DISINI