

(Gambar) RM150,000.00 utk Palestin dari Aman Palestin.
Written by admin from on March 30th, 2009 | 0 Comments
Aman Palestin sekali lagi telah menyerahkan RM150,000.00 bersamaan £30,000.00 kepada wakil Gaza yang datang ke Malaysia setelah mendapat jemputan khas dari Aman Palestin. Wakil tersebut yang diketuai oleh Ummu Mohd (isteri kepada as Syahid Dr. Rantisi) sedikit sebanyak telah menyuburkan serta menyemarakkan lagi isu Palestin terutamanya Gaza di hati umat Islam di Malaysia.
Lawatan ringkas selama 1 minggu ini tidak dibuang begitu sahaja malah dipenuhi dengan program selama mereka berada di Malaysia. Hampir setiap hari ruang mereka memberikan penerangan isu Palestin mendapat tempat di mana sahaja mereka berada.
Mereka telah selamat pulang pada hari Sabtu 28 Mac 2009.
Aman Palestin sekali lagi mengucapkan jutaan terima kasih kepada rakyat Malaysia yang telah sama-sama menjayakan program bersama tetamu serta menyumbang ke tabung Gaza.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
SILA BERI KOMEN ANDA DISINI