
Laporan Bergambar EARTH HOUR malam tadi
Malam tadi dunia telah bersatu untuk menjayakan usaha ke arah mengurangkan penggunaan tenaga elektrik dengan memadam lampu selama satu jam dari 8.30 ke 9.30 malam. Dari Timur ke Barat dan dari Utara ke Selatan bandar besar seluruh dunia memdamkan lampu selama satu jam. Program '60 minute Earth Hour' hanya langkah simbolik untuk memberi kesedaran kepada warga dunia bahawa kita perlu mengurangkan penggunaan tenaga fosil dan mengguna sumber tenaga alternatif.
Kesan sampingan dari penggunaan tenaga dari sumber asli karbon fosil (minyak dan gas) telah menyebabkan dunia menjadi semakain panas akibat pelepasan terlalu banyak gas CO2 yang menyebabkan kesan Rumah Hijau kepada dunia.
Kini kita mehyaksikan kesan Pemanasan Dunia (Global Warming) akibat kerja-kerja manusia yang suka melakukan kerosak atas muka bumi ini. Cuaca tidak menentu, banjir besar di mana-mana, cuaca panas melampau yang menyebabkan kebakaran yang dasyat dan macam-macam lagi bencana yang berkait dengan kesan Rumah Hijau.
Kita harap usaha begini akan diteruskan lagi dan warga dunia perlu sedar bahawa bumi perlu di'sejukkan'. Kurangkan pengunaan tenaga dari sumber fosil dan tingkatkan sumber tenaga alternatif.
Di bawah ini adalah gambar-gambar dari Reuters semasa penyertaan EARTH HOUR dunia dari pukul 8.30pm - 9.30 pm malam tadi.
Sila lihat gambar-gambar bandar-bandar besar dari seluruh dunia di sini:
http://barukabordal.blogspot.com/
For World Peace
Sheikh Sambal
Terima kasih Sheikh Ambuya kerna promote blog ana yg tak seberapa tu..
BalasPadamS Sambal