Hukum Lelaki memakai cincin suasa | | | |
Ditulis oleh Qaleefa | |
Monday, 16 June 2008 | |
assalamualaikum.. apa hukum org lelaki memakai cincin suasa? ada pendapat mengatakan haram. minta penjelasan dari ust.
w.salam Apa yang saya ketahui hukum mekai cincin suasa bagi orang lelaki adalah haram kerana ia diperbuat daripada emas yang bercampur dengan logam lain. Samalah seperti haramnya lelaki memakai emas putih seklipun emas putih itu bukan 100% diperbuat daripada emas. Kata Imam Nawawi dalam kitab Syarah Muslim yg bermaksud: "Emas itu adalah haram atas lelaki memakainya samdaa emasnya sedikit atau banyak." Syeikh Abd Qadir Al-Mandili menyebut dalam fatwanya : "Dan adalah suasa itu haramlah bagi kaum lelaki memakainya." Rujukan Kitab Fatwa Syeikh Abd Qadir , Fatawa Mufti Negeri Johor dan Pelita Penuntut wallahua'lam KOMEN: Boleh juga dilihat di SINI |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
SILA BERI KOMEN ANDA DISINI