Hijrah: Waheda Kini Berpurdah
Posted on Saturday, December 19 @ 19:39:51 PST
Dilulus untuk paparan oleh AbuJihad
Oleh: Lutfi
Alhamdulilah,baru-baru ini dalam ceramah Ustaz Akil Hayy di Markaz PAS Johor Bahru ada menyatakan bahawa isterinya sudah berpurdah,tapi hari ini kita mendapat gambaran bagaimana Waheda berpurdah.Nampaknya sempana hijrah ini kita melihat beberapa perubahan di dalam diri manusia yang mahukan lebih baik daripada hari semalam.
Dengan semangat itu juga kita seharusnya meninggalkan zaman kejahilan kearah zaman yang penuh dengan cahaya ketauhidan.Semoga dengan semangat hijrah ini kita dapat memperbanyakkan amalan yang baik dan menjauhkan amalan mungkar.Sekian
LAMA tidak mendengar kisah tentang penyanyi ini sejak dia mengumumkan persaraannya dari dunia seni sebaik mendirikan rumahtangga dengan penyanyi nasyid dan penceramah bebas, Akhil Hayy Ogos lalu.
Khabarnya, Waheeda kini lebih tenang menjalani kehidupan sebagai seorang isteri dan ibu kepada anak-anak tirinya, Maisara dan Sharif yang tinggal bersamanya dan Akhil.
Malah, ketika ditemui pada majlis persandingan mereka di Dewan Guthrie Bukit Jelutong, Shah Alam, akhir Oktober lalu, Waheeda akui kehidupannya kini cukup bahagia di samping menumpukan kepada amalan ibadah.
Terbaru, wanita berusia 30 tahun ini dilihat sudah tampil dengan imej terbarunya - berpurdah. Waheeda dilihat berpenampilan sedemikian sewaktu menghadiri sebuah majlis bersama suaminya, baru-baru ini.
Cuba dirisik kepada empunya badan, Waheeda akui dia kini senang dengan imej sedemikian. Malah, sejak dulu lagi memang penyanyi yang pernah popular dengan lagu Wassini ini sudah menyimpan hasrat untuk berpurdah, cuma ketika itu dia belum berpeluang untuk berbuat demikian.
Malah, ketika seorang kenalan menghubunginya baru-baru ini, Waheeda kedengaran cukup ceria dan melahirkan rasa lega kerana hasratnya itu kesampaian jua.
Tiada siapa memaksa, tetapi apa yang dilakukannya itu datang daripada dirinya sendiri.
Dan berpegang kepada prinsipnya, jika boleh, dia tidak mahu lagi terlibat di dalam sesi fotografi mahupun temubual tentang kehidupannya kini. Kata Waheeda, lebih baik diajukan kepada suaminya saja kerana dia bukan lagi seorang selebriti.
Difahamkan, Waheeda juga bakal melatih anak tirinya, Sharif untuk menyanyi dan mengeluarkan album berjudul Zikirallah.
Ditanya lagi sama ada dirinya kini sudah 'berisi', kata Waheeda, rezeki untuk menimang cahaya mata sendiri masih belum dikurniakan Allah.
Apapun, dia tetap bersyukur kerana dapat mencurahkan kasih sayang kepada anak-anak tirinya yang juga menghormati dan menyayanginya sebagai ibu sendiri.MSTAR ONLINE
Sumber asal:
http://lutfimj2006.blogspot.com/
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
SILA BERI KOMEN ANDA DISINI