Suamaber:Kosmo
JOHANNESBURG - Bekas jurulatih Afrika Selatan, Carlos Alberto Parreira telah memperkenalkan rentak bola sepak samba kepada skuad kebangsaan negara itu.
Kini misi tersebut sedang diteruskan oleh pengganti Parreira, Joel Santana (gambar).
Pada aksi separuh akhir Piala Konfederasi awal pagi esok, Santana dapat menguji sejauh mana kehebatan samba anak buahnya apabila berdepan Brazil; negara yang memperkenalkan rentak samba itu.
|
|
Untuk rekod, kali terakhir kedua-dua pasukan bertemu adalah di Johannesburg dengan Afrika Selatan mendahului 2-0 pada babak pertama sebelum tewas 2-3.
Namun, Santana berkata, pertemuan dengan Brazil kali ini bakal menjanjikan satu kejutan menarik pada aksi yang berlangsung di Ellis Park.
"Kami memang layak untuk ke separuh akhir kerana kami berjaya memungut empat mata. Kami mengalahkan New Zealand 2-0 tetapi sebenarnya kami mampu menjaringkan enam gol.
"Iraq pula terlalu negatif tetapi saya tetap gembira kerana kami berjaya ke separuh akhir," kata Santana.
Saingan Piala Konfederasi 2009 telah memperlihatkan beberapa kejutan termasuk apabila Amerika Syarikat yang tewas dua aksi awal berjaya mara ke separuh akhir mengatasi juara dunia, Itali dan juara Afrika, Mesir. - AFP
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
SILA BERI KOMEN ANDA DISINI