10 pelatih lari ditahan semula
TASEK GELUGOR – Sepuluh daripada 27 orang penghuni yang meloloskan diri dari Pusat Serenti Kampung Selamat di sini dalam kejadian rusuhan dan membakar lewat petang kelmarin berjaya ditahan semula.
Tujuh penghuni yang berusia antara 18 tahun hingga 37 tahun ditahan di beberapa lokasi berhampiran pusat berkenaan antara pukul 12.30 tengah malam kelmarin hingga pukul 11 pagi semalam.
Tiga lagi penghuni ditahan sehingga pukul 5 petang semalam di sekitar Kubang Semang, Bukit Mertajam.
Menurut Ketua Pengarah Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Datuk Abd. Bakir Zin, kesemua pelatih yang berjaya ditahan itu ditempatkan di lokap beberapa balai polis berhampiran termasuk di Balai Polis Padang Serai (Kulim, Kedah), Balai Polis Tasek Gelugor dan Balai Polis Kubang Semang untuk siasatan lanjut.
“AADK bersama pihak berkuasa termasuk polis sedang berusaha untuk memburu baki 17 lagi pelatih yang meloloskan diri dari pusat serenti ini ketika kejadian rusuhan semalam (kelmarin).
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
SILA BERI KOMEN ANDA DISINI