Sumber:Kosmo
JAKARTA - Menteri Kesihatan Indonesia, Siti Fadilah Supari mengesahkan kes pertama influenza A H1N1 semalam selepas seorang juruterbang Indonesia di sini dan seorang wanita asing di Bali disahkan positif dijangkiti virus itu.
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sudah mengisytiharkan influenza A HINI menjadi wabak dan menasihatkan kerajaan di seluruh dunia menyediakan langkah jangka panjang untuk menangani penyakit tersebut.
Lebih 50,000 kes influenza A H1N1 yang sudah disahkan dan sekurang-kurangnya 237 orang mangsa sudah meninggal dunia setakat ini. - Reuters
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
SILA BERI KOMEN ANDA DISINI